• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran AS: Serang Turki, Rusia Bakal Terima Padah

oleh AK-47
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Ashton Carter telah memberi amaran bahawa Rusia bakal menerima padah daripada campur tangan ketenteraannya terhadap Syria termasuk menyerang Turki.

Amaran keras itu dikeluarkan tatkala Arab Saudi dan sekutunya pula menunjukkan petanda giat dalam persediaan untuk melancarkan tindak balas terhadap serangan pihak Moscow terhadap militan IS di Syria sejak minggu lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas menghadiri mesyuarat yang disertai menteri-menteri pertahanan daripada negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels, Belgium pada Khamis.

Organisasi kerjasama ketenteraan Barat yang ditubuhkan pada 1949 ketika era Perang Dingin antara AS dan Rusia itu telah bersetuju untuk menyegerakan pergerakan angkatan tentera masing-masing ke kawasan konflik.

Namun, tiada perancangan untuk menggerakkan unit tindak balas NATO ke Turki meskipun Setiausaha Agungnya, Jens Stoltenberg berpendapat Rusia atau Syria mungkin merancang menceroboh wilayah Ankara.

Ini kerana jika pihak Moscow dan Damsyik sengaja berbuat demikian pada masa hadapan, pasukan tentera dua negara tersebut dijangka ‘lumpuh’ serta-merta di Turki dengan adanya campur tangan NATO.

“Kami tidak perlu mengatur kedudukan angkatan gerak gempur atau memulakan sebarang pergerakan untuk menunjukkan tindak balas di wilayah Turki,” kata Stoltenberg.

“Apa yang penting adalah pihak yang menentang NATO pasti tahu bahawa kami sememangnya mempunyai kuasa untuk menggerakkan sebuah bala tentera yang lengkap.”

Sementara itu, Arab Saudi yang merupakan penyokong utama pihak penentang berjuang untuk menggulingkan Bashar al-Assad, dikatakan sedang dalam persediaan untuk meningkatkan sokongannya di Syria.

Para menteri daripada sekutu Riyadd iaitu Qatar dan Turki juga sedang dalam perbincangan untuk merancangkan langkah seterusnya bagi memastikan usaha untuk menggulingkan rejim Assad berjaya. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: Amerika SyarikatAshton CarterSyriaTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd