• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seni Persilatan Perlu Diperluaskan – PM Najib

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya seni persilatan Melayu diperluaskan dan pengamalnya meningkatkan lagi kemahiran pertahanan diri itu kerana ia adalah benteng pertahanan ketiga negara selain tentera dan polis.

Perdana Menteri berharap seni pertahanan diri itu kembali berakar umbi dan bercambah di kampung, taman, institusi pengajian tinggi dan di mana sahaja.

“Sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan kesinambungan silat sebagai warisan bangsa di negara ini, saya telah mengisytiharkan silat sebagai bela diri rasmi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian bangunan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) yang dinamakan Wisma Gayong, di Kampung Pandan di sini, hari ini.

Teks ucapan perdana menteri dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut hadir Yang Dipertua PSSGM Datuk Adiwijaya Abdullah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd Zin.

Najib berkata anak-anak muda harus sedar bahawa ancaman kehidupan sekarang datang dari pelbagai sudut, yang merangkumi masalah sosial dan dadah serta unsur asing seperti ancaman pengganas kumpulan militan I.S.

“Saya yakin anak-anak Silat Gayong tidak akan terjebak dengan masalah ini kerana seawal persilatan telah diajar mentaati guru, kedua ibu bapa dan ajaran agama,” katanya.

Beliau berkata Silat Gayong telah mewujudkan sinergi usaha dan hasrat dalam menyokong kepimpinan negara sejak sebelum merdeka lagi dengan pengasas PSSGM Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman menunjukkan komitmen pertubuhan itu ketika negara berdepan penjajahan Jepun dan British serta ancaman komunis.

Sejak penubuhan PSSGM pada 1963, Silat Gayong telah berkembang di negara ini hinggalah ke seluruh nusantara dan dunia.

“Dengan kejayaan warga Gayong membina bangunan Gayong ini, amat eloklah jika jika roh kejayaan Gayong kita peterikan dalam sanubari untuk terus meluaslebarkan ilmu pertahanan tradisi Melayu ini ke seluruh dunia,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]YrPo1KZZVe4[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razaksilat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd