Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Tujuh Atlet Sukan Asia...

SEOUL – Pihak berkuasa tempatan kini berusaha mencari tujuh atlet yang dilaporkan hilang...

Bekalan Beras Tempatan Pulih...

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih...

Tuduh KPN Penipu: Lokman...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam sedia didakwa...

K’jaan DAP P.Pinang Bantah...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang membantah cadangan persempadanan semula bahagian pilihan...

Selebriti Tawar 1 Juta Dolar Untuk Dibunuh

Pemain drum kumpulan Blink 182, Travis Barker pernah menawarkan wang sebanyak AS$1 juta kepada kawan untuk menamatkan riwayatnya selepas mengalami kecederaan parah setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas pada 2008.

Ia mengakibatkan Barker mengalami luka terbakar di 65 peratus bahagian badannya manakala empat yang lain termasuk dua juruterbang, pengawal peribadi dan pembantu muziknya terkorban.

“Saya menghubungi kawan saya dan memberitahu saya masukkan 1 juta dolar dalam akaunnya,’’ katanya ketika menceritakan pengalaman berdepan dengan keadaan tersebut.

Kemalangan itu mengakibatkan Barker menghabiskan masa selama empat bulan di unit lecur dan menjalani 27 kali pembedahan.

Jelasnya, dia juga terselamat daripada letupan.


“Pesawat itu terbakar, begitu juga dengan tangan saya jadi saya buka tali pinggang pesawat dan terjun darinya dengan seluruh badan saya terbakar.

“Disebabkan saya dipenuhi dengan minyak pesawat, tiada apa yang boleh saya lakukan untuk memadamkan api pada badan,’’ katanya.

Jelasnya, ketika itu dia bogel sepenuhnya dan berlari sekuat hati kerana pesawat itu hampir meletup.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori