• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lagi Kawasan Catat IPU Tak Sihat Tengah Hari Ini

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu lagi kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 12 tengah hari ini iaitu Bandaraya Melaka.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bandaraya Melaka merekodkan bacaan IPU 101 berbanding bacaan sederhana iaitu 98 pagi tadi.

Kualiti udara di Kuching dan Samarahan di Sarawak terus merosot dengan masing-masing mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 106 dan 112.

Sementara itu, sebanyak 34 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya di Bukit Rambai, Melaka (98); Larkin Lama, Johor (77); Pelabuhan Klang dan Banting di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 82 serta Putrajaya (83).

Bacaan IPU bagi Batu Muda dan Cheras di ibu negara turut mencatatkan peningkatan iaitu masing-masing 70 dan 91 berbanding 66 bagi kedua-dua kawasan pada pukul 9 pagi.

Sebanyak 14 kawasan pula merekodkan bacaan baik antaranya Alor Setar, Kedah (43); Kangar, Perlis (38); Kota Kinabalu, Sabah (27) dan Tanah Merah, Kelantan (21).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1HpJqjwylUE[/wpdevart_youtube]

Tags: Kualiti Udara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hospital Sungai Petani Cuai, Kain Gauze Tertinggal Dalam Rahim

Next Post

Aktres Porno Marah Dapat Mesej Twitter Berbaur Lucah

Related Posts

Kualiti Udara Bintulu Catat IPU Tidak Sihat

Kualiti Udara Bintulu Catat IPU Tidak Sihat

24/09/2023
0

KUCHING : Bintulu satu-satunya kawasan di Sarawak yang dilaporkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kadar tidak sihat, hari...

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

06/11/2022
0

NEW DELHI – Pihak berkuasa New Delhi mengarahkan separuh daripada kakitangan kerajaan untuk bekerja dari rumah ekoran kualiti udara yang...

Next Post

Aktres Porno Marah Dapat Mesej Twitter Berbaur Lucah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd