• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM40 Juta Selesaikan Masalah Projek Plaza Rakyat

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM40 juta diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah 211 pembeli projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak tahun 1997 lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata syarikat Profit Consortium Sdn. Bhd. dilantik untuk membangunkan semula Plaza Rakyat dan dijangka memasuki perjanjian jual beli dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada bulan depan.

“Harga jualan yang ditawarkan bagi tapak Plaza Rakyat kepada pembeli ialah RM740 juta iaitu RM700 juta bagi ‘outright sale’ tanah manakala bakinya akan digunakan untuk menyelesaikan masalah pembeli lama projek itu,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang meminta penjelasan mengapa DBKL masih gagal memulihkan projek terbengkalai Plaza Rakyat hingga kini dan sama ada projek itu akan dipulihkan dalam tempoh terdekat.

Tengku Adnan berkata pihak DBKL telah melalui proses perundangan yang panjang dalam menyelesaikan isu Plaza Rakyat yang terbengkalai disebabkan krisis ekonomi negara dan masalah kewangan dihadapi Plaza Rakyat Sdn. Bhd. (PRSB).

Susulan itu tapak projek Plaza Rakyat telah diserahkan kepada DBKL pada 6 Nov 2014.

“Dengan pelantikan syarikat baharu ini (Profit Consortium Sdn. Bhd.), diharapkan isu projek yang terbengkalai dapat dipulihkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd