• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rita Menang, Aidil Zafuan Diperintah Bayar RM30,000

oleh AK-47
08/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH berhempas pulas dan menanti lebih setahun lamanya, pelakon Rita Rudaini akhirnya berjaya mendapatkan hak tuntutan mutaah apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, semalam memerintahkan Aidil Zafuan membayar kepada bekas isterinya itu sebanyak RM30,000 daripada tuntutan sebenar RM300,000.

rita

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas berpuas hati bahawa plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut.

Pada masa yang sama, Mawardi turut menjelaskan bahawa mahkamah telah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini.

“Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri.

“Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula,” katanya.

Sementara itu, Rita menerusi laman Instagramnya turut meluahkan rasa syukur atas kemenangannya itu.

“Alhamdulillah, orang menipu takkan ke mana. Allah sentiasa bersama orang yang dianiaya. Sebelum ini ada seorang hamba Allah mendakwa saya sebagai seorang isteri yang tidak layak untuk mendapat tuntutan mutaah iaitu haknya sendiri.

“Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkmah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah,” antara tulisnya.

https://instagram.com/p/8c-Eb1DQ8t/?taken-by=ritrud727

 

Sekadar informasi, mutaah itu adalah satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Aidil ZafuanRita Rudaini
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd