• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Kereta Dinaiki Terbabas Langgar Pokok

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang remaja lelaki maut apabila kereta dinaiki bersama dua rakannya terbabas dan merempuh pokok di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, F.Jevastian Paravindar, 17, yang duduk di tempat penumpang hadapan maut di lokasi kemalangan akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata ketika kejadian kereta jenis Proton Saga itu dipandu rakan mangsa berusia 22 tahun dan mereka dari arah George Town ke Bayan Baru.

“Kereta itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri dan tercampak hampir 15 meter sebelum merempuh pokok di kawasan berkenaan.

“Menurut pemandu kereta itu, dia cuba mengelak satu kemalangan di hadapannya membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta lain,” katanya di sini, hari ini.

Mior Faridalatrash berkata pemandu kereta Proton Saga itu dan seorang lagi penumpang belakang berusia 22 tahun turut cedera di muka dan patah tulang rusuk.

“Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat manakala dua rakannya dirawat di hospital sama,” katanya.

Beliau berkata kemalangan yang dikatakan cuba dielak pemandu kereta itu melibatkan sebuah motosikal yang dinaiki sepasang kekasih berusia 30 tahun, kereta Proton Wira dan sebuah lagi kereta yang dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sebaik kemalangan.

Pasangan kekasih itu cedera parah manakala pemandu Proton Wira tidak cedera dan polis sedang mengesan satu lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Gadis Dirasuk Lepas Main Game Panggil Roh Kat Handphone

Next Post

Motosikal Dinaiki Meletup, Sepasang Suami Isteri Maut

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

Motosikal Dinaiki Meletup, Sepasang Suami Isteri Maut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd