• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rebat Prabayar: Sistem Khusus Beza Pengguna Tempatan Dan Asing

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Satu sistem khusus termasuk untuk membezakan pengguna telefon mudah alih tempatan dan asing sedang dibangunkan bagi pelaksanaan rebat perkhidmatan prabayar mulai 1 Januari tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pada prinsipnya, kesepakatan telah dicapai bahawa pelaksanaan rebat prabayar tersebut adalah untuk pengguna warga Malaysia.

Katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (Telco) yang membangunkan sistem itu juga memberi tumpuan kepada aspek teknikal lain seperti bila pengguna akan mendapat rebat masa berbual (airtime) selepas tambah nilai.

“Sistem ini akan siap, pada Januari. Kami beri jaminan pada masa itu, kami akan laksanakannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar ‘Peranan Media Baharu Memerangi Persepsi Keganasan’ di SKMM di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan pengguna warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan amaun cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka, mulai 1 Jan hingga 31 Dis tahun depan.

Berikutan pengumuman itu, Salleh berkata kad prabayar yang dibeli akan dikenakan GST namun pengguna warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersamaan amaun GST yang dibayar.

Sambil memberi contoh, beliau berkata pengguna yang membeli kad prabayar RM10, GST akan dikenakan RM0.60 tetapi pengguna warga Malaysia akan mendapat rebat bagi amaun yang dibayar untuk GST dalam bentuk masa berbual.

“Tiada rebat untuk warga asing (pengguna prabayar) kerana kerajaan tidak memberi pengurangan itu kepada mereka,” katanya.

Kini terdapat 33 juta pemilik akaun prabayar berdaftar dalam negara yang lima juta adalah pemilik akaun warga asing.

Salleh turut menjelaskan rebat prabayar itu ditanggung kerajaan menerusi dana dalaman SKMM dan juga telco.

“Ia bukan pulangan daripada GST atau Perbendaharaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rebet PrabayarSalleh KeruakSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd