• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Nasihat Rakyat Mengambil Ubat Yang Disahkan Sahaja

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat hanya mengambil ubat-ubatan yang disahkan Kementerian Kesihatan selain preskripsi pakar perubatan bertauliah.

Titah baginda pengguna yang mengambil ubat-ubatan tidak berdaftar termasuk mendapatkannya daripada sumber tidak sah seperti membeli melalui internet menanggung risiko yang boleh menyebabkan mereka menyesal di kemudian hari.

“Saya mahu rakyat menjaga kesihatan supaya produktiviti dan prestasi kerja tidak terjejas termasuk menjadi cepat bosan, hilang tumpuan, lesu dan akhirnya menghadapi tekanan akibat pengambilan ubat yang salah,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah melancarkan ‘Program Sumbangan Cermin Mata’ anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis, Bolton Optical Group, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Shah Alam dan Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) di sini, petang semalam.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir dua anggota Exco kerajaan negeri, Khairi Hasan dan Hajah Rela Ahmad.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan Bolton Optical Group Datuk Sim Eng Peng menyerahkan cek bernilai RM300,000 penajaan syarikat itu untuk lebih 200 orang miskin khususnya pelajar di Perlis yang menduduki peperiksaan tahun ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga pengerusi YTSP bertitah orang ramai yang menghadapi masalah penglihatan agar menjalani pemeriksaan di hospital, klinik atau pakar mata bertauliah.

“Pastikan mata diperiksa secara menyeluruh supaya dapat diketahui punca sebelum meneruskan rawatan sewajarnya. Rawatan bukan sekadar menilai tahap kerabunan dan ketajaman penglihatan kerana ia mungkin berpunca daripada penyakit lain atau perubahan anatomi dan fisiologi mata.

“Saya mahu rakyat mengamalkan cara hidup sihat sebagai usaha mencegah penyakit dan ini termasuk melalui pengambilan makanan berkhasiat,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin mengharagai sumbangan Bolton Optical Group kerana membantu golongan miskin yang memerlukan cermin mata memandangkan kosnya yang agak tinggi. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlisubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd