• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pengasih Dibina Di Pangkor Atasi Masalah Penagihan

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Sebuah pusat pemulihan Pengasih dibina di Teluk Dalam, Pulau Pangkor bagi mengatasi masalah penagihan dadah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pusat itu, yang dibina dengan kerjasama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Pengasih Malaysia, bakal beroperasi dalam masa terdekat.

“Kami mengambil langkah yang lebih inovatif dan kreatif iaitu tidak lagi mengambil pendekatan konvensional, umpamanya dengan hanya menahan penagih.

“Sebaliknya, kami melakukan pencegahan bersama dengan AADK iaitu dengan mewujudkan Pengasih di Pangkor,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Kenali Anak Kita di Kampung Sungai Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah AADK Datuk Suhaimi Abdullah dan Presiden Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Mohd Yunus Pathi Mohd.

Zambry berkata pusat itu dibina selepas mendapat persetujuan dan kerjasama daripada Jabatan Hutan yang memberi tanah berkenaan untuk dijadikan lokasi Pengasih Pangkor.

Beliau berkata kewujudan Pusat Pemulihan Pengasih Pangkor sedikit sebanyak membantu penagih pulih daripada gejala berkenaan selepas menerima rawatan di kawasan mereka sendiri.

“Langkah ini sekali gus membantu kerajaan mengurangkan kos yang ditanggung terutama dalam menangani isu dadah yang serius di Pangkor.

“Walau bagaimanapun, masalah ini tidak dapat diatasi sekiranya pengedar dadah masih berleluasa,” katanya.

Terdahulu, Zambry menghadiri Program Ukhwah Perdana Maal Hijrah 1437H di Masjid Nurul Hidayah di Seri Manjung.

Sementara itu, Suhaimi berkata bagi tempoh Januari hingga September 2015, sebanyak 5,271 orang di Perak yang menerima rawatan pemulihan daripada AADK masih berada dalam pengawasan agensi berkenaan.

Beliau berkata Perak merupakan antara negeri yang mencatat statistik kes penagih tertinggi di Malaysia selepas Kedah dan Pulau Pinang.

“Setakat Januari hingga Ogos tahun ini, Perak mencatat sebanyak 1,810 orang, Pulau Pinang sebanyak 2,647 dan Kedah sebanyak 1,891 penagih dadah.

“Tiga negeri yang menunjukkan peningkatan 50 peratus bilangan penagih dadah ialah Perlis, Pulau Pinang dan Labuan,” katanya – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]bWdjy279UJs[/wpdevart_youtube]

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd