• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Pembinaan Lebih RM50 Juta Wajib Guna IBS

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mulai tahun depan, mana-mana projek pembinaan swasta yang melebihi RM50 juta dan projek kerajaan yang melebihi RM10 juta wajib menggunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini bagi memastikan reka bentuk pembinaan yang lebih seragam, mengurangkan tempoh pembinaan sekali gus meningkatkan kualiti pembinaan di negara ini.

“Mana-mana projek bernilai RM50 juta ke atas untuk sektor swasta, kita bersetuju pada dasarnya untuk mewajibkan kaedah IBS digunakan, kecuali jika keadaan tidak mengizinkan baru kita buat pengecualian.

“Dengan aplikasi teknologi IBS, kita akan ada standard rekaan, prakelulusan pelan, khususnya bangunan kerajaan dengan IBS ini yang mampu menjimatkan masa dan kos pembinaan,” katanya selepas mengadakan Sesi Dialog Tertutup bersama Syarikat Berprestasi Tinggi (Teras) di Damansara, di sini, hari ini.

IBS merupakan satu kaedah pembinaan di mana komponen dikilangkan dalam persekitaran yang terkawal sama ada di dalam atau di luar tapak yang diletakkan dan dipasang untuk kerja-kerja pembinaan.

Ditanya mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 23 Okt ini, Fadillah berkata kementeriannya berharap kerajaan dapat mengutamakan peruntukan dari segi infrastruktur bagi memastikan jurang pembangunan di tiga wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat dikurangkan.

Beliau berkata kementerian kini sedang berusaha memastikan setiap projekperluasan jaringan diteruskan dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan termasuk Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang sudah bermula April lepas.

“Dari segi infrastruktur ini, fokus kita supaya aspek keterangkuman pembangunan dapat dirapatkan bagi memastikan jaringan perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperluas sekali gus meningkatkan perkhidmatan kita kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang mungkin memberi kesan kepada syarikat pembinaan di Malaysia, beliau berkata ia perlu dilihat dari sudut positif terutama usaha kerajaan dalam mengantarabangsakan pakar di negara ini.

“Di sinilah kita nak strategi di bawah CITP (Program Transformasi Industri Pembinaan), kita boleh memperkenalkan semua profesional dan pakar yang kita ada dalam bidang tertentu kepada kepakaran luar,” katanya.

Menurut laporan, menteri-menteri perdagangan Pasifik telah merumuskan rundingan bagi TPPA baru-baru ini. Pihak terlibat ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: Fadillah YusofIBS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd