• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Pembangunan, Naiktaraf KUIM Tampung 7,000 Pelajar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Satu projek pembangunan serta menaiktaraf Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) termasuk pembinaan asrama bernilai kira-kira RM121 juta yang boleh menampung seramai 7,000 pelajar bagi memenuhi taraf institusi itu kepada universiti penuh menjelang 2017.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata projek yang dijangka bermula awal tahun depan dan dijangka siap dalam masa tiga tahun itu dikendalikan oleh Optimal Property Management Sdn Bhd melalui perjanjian yang diadakan bersama pihak KUIM.

“Bilangan pelajar KUIM ketika ini telah mencecah lebih 6,000 orang dan dengan pelaksanaan projek pembangunan asrama baharu ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah penempatan pelajar disamping menambah bilangan pelajar ke KUIM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek itu di kampus KUIM di sini, hari ini. Turut hadir Naib Canselor KUIM Prof Dr. Mohd Taib Dora.

KUIM pada masa ini mempunyai tiga kolej kediaman pelajar di tiga lokasi sekitar Kuala Sungai Baru, di sini yang berkapasiti 5,000 pelajar.

Idris yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM berkata projek asrama berkeluasan 6.3 hektar (15.58 ekar) itu membabitkan pembinaan sembilan blok asrama pelajar, enam unit rumah felo, satu blok pusat kegiatan pelajar, bangunan akademik tiga tingkat yang bercirikan Islam.

Beliau berkata antara jenis bilik adalah 182 unit bilik yang boleh menampung empat orang pelajar, 16 unit bilik bagi tiga orang pelajar, sebuah unit bilik bagi pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU), pejabat penyelia dan bilik tamu.

“Pembinaan projek asrama ini juga mengambil kira pelajar OKU dengan pembinaan bilik khas yang dilengkapi fasiliti seperti tandas dan kemudahan lain,” katanya.

Menurut idris dengan terbinanya asrama itu, KUIM akan dapat mempertingkatkan lagi pembangunan pembelajaran pelajar di asrama dan pelbagai aktiviti berbentuk akademik dapat dihasilkan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Alam Flora Jelaskan Pekerja Warga Bangladesh Ada Pasport Dan ePASS Sah

Alam Flora Jelaskan Pekerja Warga Bangladesh Ada Pasport Dan ePASS Sah

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Seorang pekerja pembersihan yang dipersoalkan status imigresennya dalam video tular mempunyai dokumen sah, menurut penjelasan Alam Flora yang...

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM467,140 kutipan denda direkodkan, manakala 3,638 jam hukuman khidmat masyarakat dijatuhkan terhadap individu yang disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd