• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Premis Makanan Dinasihat Henti Guna Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengusaha kedai makan di kawasan bandar diminta supaya tidak menggajikan pekerja asing bagi tujuan penyediaan makanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Tengku Adnan, beliau telah mengarahkan Bahagian Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan pembabitan pekerja asing di bahagian dapur di semua restoran dan premis makanan segera di ibu negara.

Tengku Adnan berkata DBKL akan melakukan tinjauan dan pertemuan dengan pihak berwajib berikutan peningkatan wabak demam kepialu di ibu negara.

“Kita sememangnya meneliti masalah kepialu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan. Kita (Bahagian Perlesenan) akan buat pertemuan, memantau dan tinjauan…kalau mereka tak ikut arahan kita tidak teragak-agak untuk tarik lesen (perniagaan),” katanya.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan DBKL akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan pendekatan terbaik bagi mencegah penularan demam kepialu di ibu negara.

Sementara itu Tengku Adnan berkata beliau gembira dengan pengendali makanan di Jalan Alor kerana kerjasama dan komitmen berhubung arahan bahawa hanya orang tempatan akan dibenarkan untuk menjadi pengusaha premis makanan.

“Tidak mengapa untuk mengambil pekerja asing sebagai pencuci dan pelayan, namun semua kenyataan saya sebelum ini disalahertikan.

“Apabila saya bercakap tentang tikus, orang marah. Apabila saya bercakap mengenai kehilangan tempat tinggal, mereka marah. Apabila saya bercakap tentang bagaimana dapur jalanan perlu menjaga kebersihan, orang masih marah kepada saya,” katanya. – mStar Online

Tags: kedai makanmakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

04/06/2024
1

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai makan dekat sini....

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd