• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Ah Long Terbesar Malaysia Didalangi Suami Isteri

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis berjaya menumpaskan sindiket pemberian pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long) terbesar di negara ini setakat ini dengan penahanan sepasang suami isteri dan sembilan lelaki dalam lima serbuan berasingan sekitar sini, Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata semua suspek ditahan dalam serbuan bermula tengah hari di dua buah rumah dekat Galing, dua buah kedai makan di Indera Mahkota dan sebuah stesen minyak di Semambu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu turut memberi pinjaman kepada peminjam di Terengganu.

“Polis juga telah mengenal pasti seramai 320 peminjam aktif yang meminjam dengan sindiket ini yang melibatkan wang pinjaman berjumlah lebih RM5 juta dengan keuntungan yang diperoleh melebihi RM1 juta.

“Polis percaya dapat menumpaskan sindiket ah long terbesar setakat ini dengan penangkapan kesemua suspek. Siasatan juga mendapati pasangan suami isteri itu merupakan dalang sindiket itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, Jumaat.

Hamza berkata polis turut merampas pelbagai barangan antaranya kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik pelbagai individu, peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM40,000, pelbagai kad dokumen butir peminjam, pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba dan lima buah kereta dipercayai digunakan suspek.

Bagaimanapun nilai keseluruhan barangan yang dirampas masih dalam siasatan, selain polis masih melengkapkan kertas siasatan, katanya.

Hamzah menambah seorang suspek juga didapati mempunyai satu rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah.

Semua suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 41 tahun kini ditahan reman sehingga 12 Okt ini untuk bantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang.

Dalam kes berasingan, Hamzah memaklumkan polis berjaya memberkas tiga lelaki Kazakhstan berusia lingkungan 23 hingga 24 tahun yang dipercayai terbabit dengan sindiket menggodam mesin ATM di ibu negara baru-baru ini, menerusi ‘Ops Albatross’.

Katanya kejadian menggodam mesin ATM itu berlaku pada pukul 4 petang pada 4 September lalu di Bank Ar-Rajhi cawangan Subang Jaya, Selangor dan ketiga-tiga suspek didapati telah melarikan wang tunai berjumlah RM1.5 juta.

“Susulan laporan polis yang dibuat, hasil siasatan dan risikan ketiga-tiga suspek tersebut berjaya ditangkap seminggu kemudian dan mereka kini ditahan sebelum didakwa dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ah Longpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd