• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tak Benarkan ‘Himpunan Selamatkan Selangor’ Esok

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak membenarkan penganjuran ‘Himpunan Selamatkan Selangor’ yang dijadual berlangsung di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Ampang esok kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA)2012.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuddin Daad berkata penganjur masih berdegil dan tetap ingin meneruskan perhimpunan itu walaupun permit tidak diluluskan.

“Saya nasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana ia tidak mendapat kebenaran daripada polis mahupun Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

“Bagaimanapun, saya akan menempatkan anggota di beberapa kawasan untuk mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Penganjur perhimpunan berkenaan iaitu Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini berkata ia dijadualkan berlangsung pada 11 Okt dan kemudian ditunda kepada 18 Okt bagi memenuhi syarat 10 hari menghantar notis mengikut APA 2012.

Sementara itu, Jamal berkata perhimpunan berkenaan akan bermula pada pukul 3 petang di hadapan pusat membeli-belah tersebut.

“Saya telah membuat permohonan kepada polis seperti yang termaktub dalam APA 2012 namun terserah kepada polis untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]gLDumQtPJds[/wpdevart_youtube]

Tags: Perhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd