• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sabah Siasat Kesahihan Bangkai MH370 Ditemui

oleh
12/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah masih lagi menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berhubung penemuan bangkai sebuah pesawat kononnya MH370 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sebuah pulau di selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan tersebut di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi.

“Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu,” katanya menerusi kenyataan media di sini, malam Sabtu.

Jalaluddin menjelaskan, seorang lelaki yang bernama Jamil Omar telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

“Ibu saudara Jamil itu mendakwa dalam pesawat berkenaan terdapat banyak rangka manusia selain dia juga menjumpai sehelai bendera Malaysia yang berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar,” kata beliau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

Bagaimanapun, Jalaluddin memberitahu, pihak polis masih belum lagi dapat memastikan kepastian sama ada laporan yang mereka terima itu sebagai memang adalah benar ataupun mungkin sekadar maklumat palsu.

Dalam laporan berkenaan, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau tersebut pada awal September lepas.

Sementara itu laporan lain pula menyatakan, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu berkata dia, anak saudaranya serta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.

Portal The Star Online melaporkan, mereka kemudian mendekati bangkai itu sebelum menjumpai rangka manusia, malah turut menemui rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang keledar.

Pesawat MH370 milik MAB itu dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika melakukan penerbangan dari KLIA Sepang ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA

[wpdevart_youtube]8NoU0_4Shao[/wpdevart_youtube]

Tags: MABMH370pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd