• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas 2,290 Karton Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor berjaya merampas 2,290 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM226,800 dalam serbuan di pengkalan haram Pulau Tengkorak di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, ASP Mohd Nawi Yunus berkata beliau bersama empat anggotanya membuat serbuan di pengkalan haram itu pada pukul 3.20 pagi semalam.

“Ketika tiba berhampiran lokasi serbuan, beberapa lelaki dilihat sedang memunggah sesuatu dari sebuah bot di tebing pengkalan itu.

“Sebaik menyedari kehadiran kami, semua suspek terjun ke dalam Sungai Golok dan ada yang melarikan diri ke Thailand dengan menggunakan perahu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di PPM Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Mohd Nawi berkata hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan, polis menemui 45 kotak besar mengandungi pelbagai jenis rokok putih yang dipercayai di seludup dari negara jiran.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semua suspek yang terlibat adalah warga asing yang melakukan aktiviti penyeludupan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

“Mereka menggunakan bot kecil dan pengkalan haram itu kerana kawasannya yang agak gelap selain mempunyai hutan yang tebal agar mudah meloloskan diri dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata rampasan rokok seludup itu adalah yang pertama tahun ini dan langkah memperketat kawalan akan diteruskan bagi mengekang aktiviti berkenaan daripada berleluasa.

Semua barang rampasan dibawa ke markas operasi PPM Pengkalan Kubor dan kes akan dirujuk kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Rokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd