• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Peruntuk RM500,000 Untuk Program Kebajikan Komuniti

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperuntukkan RM500,000 bagi mengadakan program kebajikan Hari Komuniti di 26 lokasi secara serentak melibatkan 1,000 petugas syarikat itu di seluruh negara, hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada perbelanjaan tanggungjawab sosial bagi menjayakan pelbagai program setiap tahun yang meliputi keselamatan jalan raya, pendidikan dan pemberian rebat tol.

Program ini diadakan untuk menggalakkan budaya sukarelawan dan menanam semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja syarikat PLUS untuk membantu dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat, katanya kepada pemberita pada program itu di Madrasah Tahfiz Baltil Hamdi, Tabuh Naning, dekat sini.

Katanya, setiap tahun, satu hari khusus diperuntukkan syarikat untuk warga kerjanya turun padang dan menjalankan pelbagai program kemasyarakatan di seluruh negara secara serentak.

Pada program di Madrasah Tahfiz Baltil Hamdi hari ini, sebanyak 139 warga PLUS melakukan kerja kebajikan antaranya mengecat bangunan, memotong rumput, membaiki atap dan dinding madrasah berkenaan.

Selain itu, program komuniti turut diadakan di beberapa lokasi, antaranya di Jeti Nelayan Kuala Luar, Kedah; Sekolah Kebangsaan Pos Musoh di Cameron Highland, Pahang; Rumah Anak Yatim Cahaya Bakti di Rawang, Selangor; dan Pusat Didikan Komuniti di Kluang, Johor. – BERNAMA

Tags: kebajikanPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Marilah Sama-Sama Kita Berdoa Agar Johor Terus Dilimpahi Keberkatan”

“Marilah Sama-Sama Kita Berdoa Agar Johor Terus Dilimpahi Keberkatan”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU – “Marilah sama-sama kita berdoa agar Johor terus dilimpahi rezeki yang berkat dan berpanjangan agar lebih banyak bantuan...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd