• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKS Perlu Beralih Ke Standard Pelaporan Entiti Persendirian Malaysia

oleh
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memulakan peralihan lancar mereka kepada Standard Pelaporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS) menjelang 1 Jan, 2016.

Pengerusi Yayasan Pelaporan Kewangan, Tan Sri Azlan Zainol berkata penggunaan standard baharu itu boleh membuka banyak peluang perniagaan memandangkan akses kepada pembiayaan yang semakin bertambah baik.

Ini, kata Azlan akan menggalakkan pertumbuhan dan kemudiannya meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi.

Azlan berkata dengan MPERS, penyata kewangan PKS akan lebih setanding dengan penyata kewangan PKS di sekurang-kurangnya 73 negara, termasuk United Kingdom, Hong Kong dan Singapura.

“Bank-bank bergantung kepada penyata kewangan dalam membuat keputusan dan menyediakan terma dan kadar faedah,” katanya dalam ucapan beliau semasa pelancaran MPERS, di sini, hari ini.

Pengerusi Yayasan Pelaporan Kewangan, Tan Sri Azlan Zainol (tengah) ketika melancarkan modul Standard Pelaporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS), di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) @Sentral, hari ini.

Pelancaran itu menandakan berakhirnya Standard Pelaporan Entiti Persendirian yang akan ditarik balik daripada permohonan berkuat kuasa 1 Jan, 2016.

MPERS sama dengan Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa bagi PKS yang ditetapkan oleh Lembaga Standard Perakaunan Antarabangsa, kecuali bagi keperluan untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti pembangunan hartanah.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Azlan berkata program latihan akan ditawarkan untuk mempersiapkan PKS bagi melaksanakan MPERS.

“Dalam tempoh setahun akan datang, kami akan terus melatih akauntan dan penyimpan kira-kira daripada sektor PKS dan menggalakkan mereka untuk menguasai standard perakaunan baharu ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: AkauntanPKS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasil Kajian Pelaksanaan ISM Dibentang Awal Tahun Depan

Next Post

Izzah Dakwa Guru Hanya Mengajar 2 Jam Sehari

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

31/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video lucah...

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

Dua Ditahan Bantu Kes Bunuh Akauntan Di Cheras

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan yang mayatnya ditemui dalam keadaan bogel di tepi...

Next Post

Izzah Dakwa Guru Hanya Mengajar 2 Jam Sehari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd