Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

PLUS Tutup 134 Lorong...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah...

Mencari Sumaiyah Buah Tangan...

KUALA LUMPUR - Pelakon Dira Abu Zahar kini mencabar dirinya untuk melangkah ke...

Penutup 2018: Perhimpunan Dedah...

PERHIMPUNAN tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Putrajaya yang berakhir hari ini...

Pemilik Premis Perniagaan Gagal...

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) mula menjalankan penguatkuasaan kompaun pada hari ini terhadap...

Perkhidmatan Pos Rangkaian Strategik Pacu Pertumbuhan E-Dagang

PUTRAJAYA – Perkhidmatan pos kini semakin diperlukan sebagai rangkaian strategik bagi memacu pertumbuhan pesat e-dagang domestik dan merentasi sempadan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau yakin tradisi kecemerlangan perkhidmatan pos negara akan berterusan untuk dekad yang mendatang seiring dengan kepesatan perkhidmatan digital.

“Perkhidmatan pos juga mampu menjadi pusat setempat kepada perkhidmatan usahawan mikro, kecil dan sederhana melalui rangkaian pejabat pos yang terdapat di seluruh negara,” katanya dalam perutusan bersempena Hari Pos Sedunia 2015 yang akan disambut esok.

Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Okt oleh pentadbiran pos di seluruh dunia termasuk di Malaysia bagi memperingati tertubuhnya Kesatuan Pos Sedunia pada 1874 di ibu kota Bern, Switzerland sebagai sebuah institusi antarabangsa yang menyumbang kepada pembinaan tamadun komunikasi pos moden sejagat yang turut dinikmati oleh rakyat Malaysia.


Salleh berkata sistem komunikasi pos yang inklusif disertai dedikasi warga kerja posmen melaksanakan tugasan mereka dengan penuh amanah dan integriti menyaksikan Malaysia berjaya membangunkan agenda pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang lagi berkesan.

“Tanpa sistem pos yang efisien tidak mungkin Malaysia mampu menjadi sebuah negara perdagangan yang berjaya di dunia dan rakyatnya yang tinggal di seluruh wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat diikat dan saling terhubung,” katanya.

Salleh turut mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ kepada warga pos di seluruh negara yang telah menabur jasa bakti bagi memastikan kesejahteraan rakyat sama ada di bandar atau desa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori