• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkahwinan Bawah Umur Tak Digalak Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perkahwinan bawah umur di kalangan remaja terlalu muda di negara ini tidak digalak kerana dianggap melanggar hak asasi kanak-kanak selain menjejaskan kesihatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perkara tersebut termaktub di dalam undang-undang negara selain mendatangkan pelbagai masalah.

“Bila mengandung terlalu muda, remaja perempuan bakal berhadapan dengan pelbagai risiko penyakit seperti kanser, mereka terlalu muda untuk menanggung beban sewaktu proses itu dan bayi yang dikandung itu tidak membesar dengan baik,” katanya sempena sambutan Hari Warga Emas dan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Majlis perasmian sambutan berkenaan disempurnakan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Turut hadir, isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Asiah Md Ariff.

Rohani berkata dari perspektif sebagai individu pula, golongan tersebut belum mempunyai pertimbangan dan pemikiran yang matang untuk menghadapi situasi rumahtangga kerana mereka terlalu muda.

Beliau berkata sejumlah 841 perkahwinan bawah umur 18 tahun direkod di negara ini tahun lepas yang membabitkan 127 perkahwinan pasangan beragama Islam manakala bakinya perkahwinan pasangan bukan Islam yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

“Sebab itu kita selalu dengar kes beberapa bulan sahaja kahwin, dah cerai. Mereka tidak tahu apa yang mereka buat, mereka masih terkejut dengan situasi yang dihadapi,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Rabu lepas berkenaan perkahwinan kanak-kanak yang jarang berlaku di Malaysia, Rohani berkata perkara itu perlu dilihat dari perspektif global dan bukannya dalam konteks Malaysia sahaja.

“Apa yang beliau (Rosmah) kata ‘rare’ itu,  beliau bercakap dari segi kedududkan kita (Malaysia) di mata dunia, yang dimaksudkan kita terlalu kecil, malah kita tidak ada dalam senarai pun, sebab itu beliau kata “rare’,” kata Rohani.

Terdahulu, Rosmah yang berkongsi pengalaman Malaysia semasa mesyuarat pagi anjuran Yayasan Ford di New York, Amerika Syarikat berkata, perkahwinan
kanak-kanak jarang berlaku di Malaysia berikutan kewujudan sistem pendidikan negara yang baik dan kadar kemiskinan yang sangat rendah.

Sementara itu, sambutan Hari Warga Emas dan Kanak-Kanak tersebut menyaksikan remaja lelaki, Munzir Shaharuddin, 15, dari Sungai Petani, Kedah dianugerah Pingat Hang Tuah atas keberanian menyelamat adik lelakinya dalam kebakaran asrama Sekolah Agama Raudhatut Tahfiz, Gunung Jerai, Kedah, 29 Julai lepas.

Khoo Qi Xuan, 16, dari Kuantan, Pahang dan Foo Eu Fang, 16, dari Melaka pula dianugerahkan Tunas Jaya Kebangsaan 2015 bagi kategori lelaki dan perempuan manakala Mustaqim Mustapa, 10, dari Kuala Lumpur dan Nurul Asnida Ridzuan, 13, dari Teluk Intan, Perak memenangi anugerah sama bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU). – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mendiang Yuen Seorang Yang ‘Luar Biasa’ – Abu Zahar

Next Post

Pasukan CDERT JPAM Barisan Hadapan Bantu Mangsa Banjir

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

Next Post

Pasukan CDERT JPAM Barisan Hadapan Bantu Mangsa Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd