• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Mahu Jenamakan Lenggong Sebagai Produk Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Kerajaan negeri berhasrat untuk menjenamakan Lenggong sebagai destinasi pelancongan antarabangsa melalui penganjuran beberapa program tahunan bertaraf dunia, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata program itu termasuk meningkat pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia, penganjuran ‘Lenggong International Food Festival’ dan mengadakan seminar atau simposium berkaitan arkeologi Lenggong.

“Penjenamaan kepada daerah kecil ini sangat penting memandangkan daerah ini telah pun diisytihar sebagai tapak arkeologi UNESCO (Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pecah tanah projek pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang berkeluasan 7.2 hektar di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang merangka untuk mengadakan program ‘Lenggong International Food Festival’ dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan seperti stesyen televisyen antarabangsa.

“Menerusi kerjasama ini nanti kita boleh mengadakan penganjuran ‘Food Festival’ di stesyen televisyen antarabangsa yang ada,” kata Zambry.

Berhubung penganjuran seminar, beliau berkata pihaknya akan mengesyorkan perkara itu kepada Universiti Sains Malaysia (USM) memandangkan universiti itu merupakan penganjur seminar bertaraf antarabangsa berkaitan arkeologi.

“Kita akan meminta pihak USM agar program itu dapat dibawa ke kawasan Lenggong dan dijadikan sebagai pusat seminar antarabangsa yang diadakan setiap tahun,” katanya.

Zambry turut mengadakan lawatan ke ladang ragut rusa di Sungai Soh, Bukit Sapi di sini.

Sehingga hari ini, sebanyak 2,700 ekor rusa diternak di Perak. – BERNAMA

Tags: LenggongPelanconganPerakZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Iron Man’ Jadi Comel Demi Gembirakan Hati Pesakit Kecil

Next Post

Terengganu Tamat Kontrak Penyerang Import Paulo Rangel

Related Posts

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

21/12/2024
0

MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar,...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post

Terengganu Tamat Kontrak Penyerang Import Paulo Rangel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd