• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pokok Getah Tumbang

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebatang pokok getah yang tumbang dan merintangi jalan dekat selekoh di Jalan Ara Kuda, di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun yang tinggal tidak jauh dari lokasi kemalangan dalam perjalanan ke kedai untuk membeli sarapan.

“Mangsa yang menunggang sendirian maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.01 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian, didapati sebatang pokok getah tumbang melintangi jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki serta sebuah motosikal di situ.

“Mayat dikeluarkan dari kawasan pokok tumbang sebelum diserahkan kepada polis dan anggotanya kemudian melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok hingga selesai,” katanya.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 43, berkata pokok itu dipercayai tumbang awal pagi ini ekoran hujan lebat sejak malam tadi hingga awalpagi ini dan mangsa mungkin tidak nampak pokok yang tumbang itu berikutan keadaan gelap di kawasan berkenaan. – BERNAMA

 

 

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd