Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Operasi Bas Hentian Putra...

KUALA LUMPUR - Operasi bas di terminal Hentian Putra akan ditamatkan dan dipindahkan...

VIDEO: Anggota Polis Gari,...

Video seorang anggota polis membelasah lelaki kurang siuman yang digari tangannya kini beredar...

Kerajaan Tambah Baik Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol...

Amira Othman Serah Soal...

SIFAT semula jadi manusia pasti ingin mencintai dan dicintai; semua orang mahukan kebahagiaan...

Penjagaan Kanak-Kanak Berasaskan Keluarga Akan Diperkenal

JOHOR BAHARU – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat memperkenalkan pendekatan Penjagaan Berasaskan Keluarga sebagai menggantikan penempatan kanak-kanak di institusi kebajikan seperti sedia ada.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata Penjagaan Berasaskan Keluarga dengan menempatkan kanak-kanak di dalam jagaan ibu bapa atau penjaga gantian itu akan dilakukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bagi melaksanakan tujuan itu, JKM akan mengadakan perancangan secara menyeluruh sama ada jangka pendek atau jangka panjang bagi memastikan pendekatan tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur,” katanya pada majlis perasmian Rumah Kanak-Kanak (RKK) Mini Ulu Tiram, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff dan Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli.

Rohani berkata berdasarkan kajian, pendekatan baharu tersebut menunjukkan kanak-kanak mengalami proses tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna melalui persekitaran kekeluargaan.

Beliau berkata penjagaan berasaskan kekeluargaan itu telah dilaksanakan di beberapa negara seperti United Kingdom, Moldova serta Kemboja.

Katanya, sebagai permulaan JKM telah melaksanakan pendekatan Penjagaan Berasaskan Keluarga dengan menempatkan seramai 26 kanak-kanak dalam jagaan ibu, bapa atau keluarga pelihara.


Beliau turut menyeru semua pihak sentiasa bekerjasama dalam menangani isu berkaitan kanak-kanak memandangkan ia bukan tanggungjawab kerajaan semata mata sebaliknya menjadi tanggungjawab pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat mahupun golongan individu.

Sementara itu, Asiah menerusi ucapannya berkata RKK Mini Ulu Tiram yang dibuka Jun lepas dan mampu menempatkan sehingga 30 kanak-kanak, merupakan RKK Mini kedua yang diwujudkan di negara ini selepas Kelantan.

Beliau berkata RKK Mini diwujudkan bertujuan untuk memberi pemeliharaan dan perlindungan gantian kepada kanak-kanak serta menggalakkan perkembangan fizikal, emosi dan mental secara sihat dalam suasana tenteram dan selamat.

“Kanak-kanak lelaki dan perempuan yang diterima masuk di RKK Mini adalah yang berumur 12 tahun ke bawah dengan perintah mahkamah di bawah Seksyen 19 dan 30 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Menurut Asiah, antara perkhidmatan yang disediakan di RKK Mini termasuk pemeliharaan dan perlindungan, bimbingan dan kaunseling, pendidikan, didikan agama dan moral, aktiviti riadah dan rekreasi serta kemudahan rawatan dan perubatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori