• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasa KPDNKK Tidak Gentar Ugutan – Hamzah

oleh Ahmad Albab
08/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Anggota dan pengawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak pernah gentar walaupun diugut ketika menjalankan tugas, kata Menterinya Datuk Hamzah Zainuddin.

Hamzah mendedahkan anggota penguatkuasa KPDNKK bukan sahaja diugut dan digertak semasa membuat pemeriksaan di premis perniagaan, malah turut dihambur dengan kata kesat.

“Ada kumpulan di luar sana yang beranggapan mereka lebih berkuasa daripada kita (pegawai penguatkuasa), ada yang perasan mereka lebih tinggi daripada undang-undang dalam negara.

“Namun, demi melaksanakan perundangan tindakan tetap diambil, kita tak takut dengan ugutan itu,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian dan menyampaikan watikah kepada 378 pegawai penguatkuasa di sini, hari ini.

Hamzah berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang teguran, kritikan dan aduan namun ia perlu dibuat mengikut saluran yang sewajarnya

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata pihaknya bercadang menaik taraf Kolej iCoop di bawah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) di Petaling Jaya untuk menjadi universiti sebagai usaha melahirkan pegawai yang fokus terhadap tadbir urus kerajaan.

“Lesen sudah ada iaitu menerusi MKM, sekarang nak naik taraf mungkin dalam tempoh satu tahun atau 18 bulan,” katanya.

Hasrat KPDNKK menubuhkan sebuah universiti dikenali sebagai Universiti Koperasi Malaysia telah diumum menteri sebelum ini Datuk Seri Hasan Malek, pada Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah MKM, Prof Madya Dr. Abdul Rahman Shaik berkata sekiranya hasrat menaik taraf Kolej iCoop menjadi kenyataan, ia bakal mempunyai tiga sekolah iaitu Sekolah Koperasi; Sekolah Pengurusan dan Perniagaan serta Sekolah Undang-Undang Perniagaan.

Tambahnya Kolej iCoop baru sahaja memulakan operasinya pada Julai lalu dengan mengambil 40 pelajar untuk mengikuti pengajian diploma. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd