• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerangan TPPA Mula Beri Lebih Kefahaman

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penerangan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dilaksanakan di seluruh negara mula memberi lebih kefahaman kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, melalui penerangan tersebut, rakyat dapat mengetahui dan memahami kebaikan serta keburukan TPPA apabila dilaksanakan kelak.

“Dulu sebelum diberi penerangan, mereka nampak buruk sahaja tetapi sekarang ini saya dapati lebih seimbang, tahap kefahaman itu semakin meningkat setelah mendapat gambaran yang lebih menyeluruh mengenai TPPA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Wisma Persekutuan Bersama Pelanggan dan Fiesta Koperasi Wisma Persekutuan Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa berharap melalui program penerangan tersebut rakyat dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya mengenai kebaikan dan keburukan TPPA yang akan dibahaskan di Parlimen.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berharap negeri itu akan diperuntukkan projek baharu yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat melalui Belanjawan 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 23 Oktober ini.

Beliau juga meminta penjawat awam membantu kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai cabaran yang sedang dihadapi negara termasuk dari segi ekonomi. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd