Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kad Merah Lenyapkan Peluang...

TIMBUL persoalan jika layangan kad merah yang diterima bintang sensasi Cristiano Ronaldo bakal...

Anti-Ateis: AS Senarai Saudi...

PASUKAN Donald Trump memulakan serangan terbaharu dengan mengkritik Arab Saudi sebagai negara yang...

Siasat Salah Laku Pembentukan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan akan menyiasat jika terdapat sebarang salah laku dalam...

Tak Wajib Bawa Sejadah,...

INDIVIDU ingin solat berjemaah di masjid dan surau kini tidak lagi diwajibkan membawa...

Pemulihan Bekalan Air Lewat Ekoran Masalah Teknikal

KUALA LUMPUR – Pemulihan bekalan air di beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat di Selangor mengalami kelewatan berikutan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan semasa kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air dilakukan.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Amin Lin Abdullah berkata, bekalan air di kawasan terbabit hanya dijangka pulih secara berperingkat dan sepenuhnya di seluruh kawasan terlibat awal pagi esok.

Menurut beliau, kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

KLANG DAN SHAH ALAM

Persiaran Raja Muda Musa; Kampung Delek Baru; Kampung Sungai Udang; Jalan Sungai Bertik; Jalan Teluk Pulai; Jalan Teluk Gedung Kecil; Jalan Tepi Sungai; Jalan Raya Barat; Kampung Raja Uda; Jalan Kastam; Jalan Kota Raja Kampung Jawa; Jalan Stesen; Jalan Tengku Diaudin; Jalan Dato Hamzah; Jalan Tengku Kelana; Lorong Tingkat; Lorong Rembau; Jalan Padang; Jalan Kota; Jalan Istana; Jalan Yadi; Jalan Tengku Badar; Teluk Pulai; Bukit Tinggi 1 dan 2; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Bayu Emas; Bandar Parklands; Glenmarie Cove; Bandar Puteri; Bandar Puteri 2; Taman Bayu Perdana; Pulau Indah Fasa 1 dan Fasa 2; Keseluruhan Kampung Pulau Indah; Laguna Park; Kampung Telok Gong; Taman Armada Putera; Port Klang Free Trade Zone (PKFZ); Bandar Bestari Jaya; Taman Rakyat Andalas; Taman Andalas Permai; Jalan Seri Sarawak 14 – 21 Taman Seri Andalas; Glenn Cruise; Westport; Kota Pendamar; Taman Teluk Gadung Indah dan Pulau Ketam.

Kawasan lain yang terlibat termasuk Sobena Jaya, Pandamaran; Taman Selatan; Taman Petaling Indah; Taman Radzi; Taman Palm Groove; Taman Chi Liung; Telok Gadong Besar; Telok Gadong Kecil; Taman Gembira; Seluruh Kawasan Pandamaran; Seluruh Taman Sentosa; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; Separuh Kawasan Jalan Johan Setia; Taman Seri Andalas; Flat Perumahan Telok Gadong Indah A; Rumah Teres Telok Gadong Indah B; Perumahan Taman Berembang; Flat Perumahan Pandamaran Indah; Perumahan Pendamar Indah; Kampung Pendamar; Jalan Tengku Badar; Jalan Kastam / Jalan Sungai Keladi; Jalan Kem; Taman Melawis dan Jalan Raya Barat.


Antara kawasan dan premis kritikal yang turut terlibat adalah Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Arunamari Taman Bayu Perdana; Sentosa Specialist Medical Centre, Hospital Pantai Persiaran Raja Muda Musa, Hospital Kesihatan Bandar Botanik, Pusat Perubatan Razif, Taman Seri Andalas; Sri Kota Medical Centre, Pusat Dialisis Kualiti (Andalas), Pesiaran Tengku Ampuan Rahimah Seri Andalas; Pusat Dialisis PNSB, Pesiaran Tengku Ampuan Rahimah Seri Andalas; Pusat Dialisis Mukmin Jln Sri Sarawak Taman Andalas; Pusat Dialisis, Taman Selatan; Pusat Dialisis Bukit Tinggi, Lorong Batu Nilam; Pusat Dialisis Persatuan Klang, Wisma Rotary Pesiaran Tengku Ampuan Rahimah; Pusat Dialisis Nephocare, Lorong Batu Unjur (Bayu Perdana).

KUALA LANGAT

Taman Sijangkang Jaya; Taman Sri Medan; Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang; Batu 9 Kampung Medan; Taman Desa Sijangkang; Taman Rivera Perdana; Taman Permai Sijangkang; Taman Sijangkang Indah; Taman Medan Indah dan Taman Perwira. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori