• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Makmal Perlu Cekap, Jamin Keselamatan Pelajar

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kesedaran dan pengetahuan pembantu makmal sains terhadap aspek keselamatan makmal dan bahan kimia perlu diperkemas bagi menjamin keselamatan pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna.

Timbalan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Dr Saiful Anwar Khalid berkata sekiranya pelbagai bahan kimia, spesimen sains, perkakasan elektrik dan elektronik tidak dikendalikan mengikut prosedur yang betul, ia boleh mudaratkan pengguna.

“Dalam hubungan ini, pembantu makmal perlu mengetahui tindakan yang dapat mengurangkan risiko termasuk kebakaran dan letupan yang boleh berlaku di dalam makmal,” katanya.

Beliau berucap mewakili Rektor UiTM Perlis, Datuk Prof Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman menutup Bengkel Keselamatan Makmal dan Pengurusan Bahan Kimia di UiTM Perlis di sini semalam.

Seramai 92 pembantu makmal sekolah menengah di Perlis menghadiri bengkel dua hari anjuran Unit Makmal Sains UiTM Perlis dan Kesatuan Sekerja Makmal Cawangan Perlis bagi meningkatkan kualiti pengurusan, keberkesanan dan kecemerlangan makmal sains.

Saiful Anwar berkata UiTM Perlis sedia bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Perlis untuk berkongsi kepakaran melalui kursus amali untuk pembantu makmal meningkatkan kecekapan mereka mengendalikan makmal dan bahan kimia dengan sempurna. – BERNAMA

Tags: makmalpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd