• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Berterusan Pembangunan & Kepimpinan Belia Amat Penting

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaburan berterusan dalam pembangunan dan kepimpinan belia, akan memperkasakan mereka untuk menyuarakan pendapat mereka serta mengambil bahagian secara konstruktif dalam membuat keputusan dan tadbir urus.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata belia memainkan peranan penting dalam mencorakkan sosial, ekonomi dan politik di rantau ini.

Beliau berkata belia yang diperkasakan akan berupaya untuk mendorong dan menggerakkan diri mereka sendiri dan lainnya ke arah mencapai visi yang berpaksikan semangat kekitaan dan identiti serupa.

“Ini akan membolehkan kita untuk memperkukuhkan lagi pembinaan komuniti dan integrasi serantau selaras dengan pewujudan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Serantau mengenai Peranan Belia Dalam Menggalakkan Hak Asasi Manusia dalam ASEAN: Menjadikan Hak Satu Realiti di Universiti Malaya, di sini Jumaat.

Sementara itu, Reezal Merican berkata dalam era teknologi moden ini, kebanyakan orang khususnya generasi muda, gemar mendapatkan, menerima dan menyebarkan maklumat, pengetahuan dan menyatakan pandangan menerusi internet dan media sosial.

“Kebebasan bersuara merupakan sebahagian daripada cara hidup mana-mana masyarakat demokratik dan kita menyambut baik dan turut mengamalkannya, dan tatkala kita menuju ke arah demokrasi matang, kita patut mewujudkan persekitaran yang dapat merangsang belia kita untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Ini juga bermakna membolehkan mereka menyumbang secara bermakna dalam proses membuat keputusan dan mengambil bahagian secara konstruktif dalam tadbir urus di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kebebasan bersuara bukannya mutlak dan perlu dalam lingkungan undang-undang, menjaga sensitiviti sosial dan pertimbangan tertentu.

Mengenai bengkel itu, beliau berharap ia akan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghargaan dalam kalangan belia ASEAN terhadap Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN dan mekanisme dan instrumen hak asasi manusia yang lain di rantau ini.

Bengkel itu dianjurkan bersama-sama oleh Kementerian Luar, Institut Asia-Eropah Universiti Malaya dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). – BERNAMA

Tags: BeliaReezal Merican
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APMM Tahan Kapal Dagang Di Perairan Lumut

Next Post

Mahkamah: Remaja Bebas Daripada Pertuduhan Bunuh Bapa

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

Next Post

Mahkamah: Remaja Bebas Daripada Pertuduhan Bunuh Bapa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd