KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memberi peringatan kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja binaan termasuk pekerja dan pengeluar bahan binaan yang belum lagi mendaftar dengan agensi itu supaya berbuat demikian sebelum 1 Januari 2016.
Pengurus Besar Kanan Sektor Operasi CIDB, Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarani berkata, selepas tempoh kurang tersebut mereka boleh dikenakan indakan mengikut Akta 520 (Pindaan 2011) jika gagal berbuat demikian.
“Mereka perlu mendaftar dan mendapat pemerakuan kemahiran dan kompentensi daripada CIDB. Kegagalan berbuat demikian boleh didakwa mengikut Seksyen 33D (1) atau Seksyen 33D (2) (Kewajipan Pendaftaran Bahan Binaan).
â€ÂJadi sesiapa yang berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan kualitinya oleh CIDB seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM500,000,†katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Megat Kamil berkata, mengikut Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) semua Personal Binaan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan dan berumur 16 tahun dan ke atas wajib berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB.
“Sekiranya mereka didapati menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa pendaftaran sah dan tanpa diakreditkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.
“Denda yang sama juga akan dikenakan kepada majikan yang mengambil pekerja yang tidak diakreditkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan,†jelasnya. – MYNEWSHUB.CC