• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Peguam Itu Burung Hering, Bangkai Pun Boleh Asal Kenyang”

oleh AK-47
03/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA ini, orang ramai memandang mulia kerjaya peguam sebagai pekerjaan yang membela nasib pihak teraniaya di mana bidang mereka adalah demi memartabatkan undang-undang dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.

Sebagai contoh, seorang peguam di mahkamah akan membela nasib peduduk kampung yang ditindas oleh pihak pemaju yang rakus membangunkan projek di tapak kawasan kediaman penduduk terbabit tanpa memberikan bayaran pampasan yang sewajarnya kepada penduduk

Ini dalam kata lainnya menunjukkan profesyen peguam merupakan pihak tengah yang menegakkan keadilan di dalam sesuatu permasalahan yang timbul.

Namun, sejak kebelakangan ini kita boleh melihat senario seorang pesalah akan terlepas daripada tuduhan atau hukuman walaupun mempunyai bukti kesalahan yang kukuh.

Ini adalah kerana individu terbabit menggunakan perkhidmatan peguam terbaik bagi memenangi kes yang seterusnya dapat membersihkan namanya di mahkamah.

Jadi dimanakah keadilan yang hakiki sekiranya pihak yang bersalah asyik terlepas sekiranya mereka menggunakan khidmat peguam yang hebat?

Di laman Facebook, kami tertarik dengan status seorang bekas peguam Yuktes Vijay yang menyifatkan sistem perundangan di Malaysia yang seolah membenarkan pesalah dibela oleh peguam terbaik asalkan mempunyai kepentingan tertentu.

Bak kata Yuktes, “Laywers are vultures….Mayat pun tak apa.. Asal mereka kenyang!” ujarnya.

(Peguam itu seperti burung hering, makan bangkai pun tak apa asal kenyang!)

vultures

Sepertimana suspek kes pembunuh kejam Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang sedang hangat diperkatakan.

Dilaporkan pihak tertuduh menggunakan khidmat Peguam M. Manoharan Dan Datuk N. Sivanantan yang mana kedua-duanya merupakan nama besar di dalam bidang guaman jenayah di Malaysia.

Apa yang boleh kami tafsirkan ialah nilai integriti dan etika seorang peguam yang memperjuangkan kebenaran nampaknya semakin hanyut dibuai arus kemewahan sehingga meminggirkan keadilan yang sebenar.

Mungkin mereka tidak melihat keadilan sebagai matlamat tetapi kemenangan setiap kes menjadi ukuran kejayaan mereka.

Nilai seorang peguam yang baik hendaklah mempunyai cinta yang mendalam terhadap undang-undang dan cuba sedaya upaya memajukan undang-undang tersebut dengan interpretasi yang tepat dan sesuai.

Dengan cara ini bukan sahaja undang-undang itu dapat ditegakkan seadilnya tetapi juga ia akan menjadi ikutan pada masa hadapan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Sumber: Facebook Yuktes Vijay

Tags: Anthony Kevin Moraiskes bunuhkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd