• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Guna Kuasa: Pegawai Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dalam pemberian tender pembekalan makanan bernilai RM432,000 kepada anak saudaranya tahun lepas.

ACP Abd Radzak Abd Ghani, 54, dituduh secara rasuah menggunakan jawatannya sebagai Ketua Jabatan Logistik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, memilih Syarikat Fulscale Development milik anak saudaranya, Sharial Taufan Nerawi untuk mendapatkan tender membekal makanan kepada tahanan di lokap IPD Kota Kinabalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai Ahli 1 dalam Mesyuarat Penilaian Sebut Harga Bilangan KPD Kota Kinabalu di Bilik Mesyuarat Pejabat Pesuruhjaya Polis Sabah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah pada 1 April 2014 pada kira-kira 11.30 pagi.

Abd Radzak, dituduh di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Penolong Pesuruhjaya SPRM, Awang Samsul Baharam Bungso menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit RM8,000 oleh seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Zahir Shah memohon deposit jaminan dikurangkan kepada RM5,000 memandangkan tertuduh seorang penduduk tempatan dan masih berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia.

Hakim Indra Ayub menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan deposit RM5,000 oleh seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 12 Nov manakala perbicaraan pada 10 Dis. – BERNAMA

Tags: polisrasuahSPRMTender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd