• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Perlu Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Pemandu Teksi

oleh AK-47
19/10/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kajang, Selangor pada Jumaat minggu lalu yang menjadi viral menerusi laman sosial benar-benar menjadi topik paling hangat seluruh rakyat Malaysia.

Teka-teki mengenai suspek dan dalang sebenar drama penculikan ini juga akhirnya terjawab dengan tindakan pantas pihak polis apabila tidak sampai 24 jam, empat suspek yang dipercayai ada kaitan telah ditahan reman.

Apa yang paling mengejutkan kita pada waktu itu, salah seorang daripada empat suspek adalah pemandu teksi yang tampil membawa pulang kanak-kanak tersebut dengan selamat ke pangkuan keluarganya.

Dek kerana dilabel sebagai salah seorang suspek, rata-rata netizen membuat kesimpulan mudah bahawa pemandu teksi berkenaan yang dikenali Hanizan Mohamed Radzi mempunyai kaitan dalam kes penculikan itu.

Senang cakap, pelbagai tanggapan dan persepsi negatif terpaksa diterima oleh Hanizan dan keluarganya tatkala dia ditahan reman selama seminggu oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes jenayah tersebut.

Bagaimanapun, setelah enam hari ditahan, polis menerusi satu kenyataan petang Khamis, memaklumkan Hanizan dibebaskan dengan bon polis mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

Ia susulan siasatan lebih lanjut menunjukkan bahawa pemandu teksi berkenaan sebenarnya tidak bersalah sekali gus menjawab persoalan ramai tentang apakah peranan dan penglibatannya dalam kes culik itu.

Baca: Anak Mendapat Malu, Bersihkan Nama Saya! – Pemandu Teksi

Meskipun ibarat semuanya sudah selesai, pasti pahit untuk ditelan Hanizan apabila jasanya yang sepatutnya dikenang, disalah tafsir oleh orang ramai ekoran penahanan reman untuk membantu siasatan polis.

Lebih memilukan, Hanizan ketika menemui pihak media di Mahkamah Majistret, Kajang, pagi Jumaat turut merayu kepada pihak polis agar namanya yang telah tercemar dibersihkan berikutan penahanannya sebagai suspek telah memalukan ahli keluarganya.

Jika difikir-fikirkan, bagaimana pihak penguat kuasa seperti polis boleh bertindak dengan membuat kesimpulan bahawa pemandu teksi itu sudah tergolong sebagai antara suspek dalam kes ini.

Malah, motto yang didukung Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu ‘Tegas, Adil, Berhemah’ boleh dikatakan tidak selaras dengan cara kerja yang dilaksanakan itu.

Masalahnya, sampai bila kejadian seumpama ini mahu berulang-ulang? Salah siapa pula apabila golongan yang tidak berkemampuan seperti Hanizan ini mudah dicaci oleh masyarakat?

Nasib Hanizan yang bagaikan ‘orang lain makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya’ ini jelas telah menjejaskan maruah dan mencemarkan namanya.

Takut-takut, kelak tiada lagi yang mahu memberi bantuan dan mengambil peduli tentang masalah orang sekeliling kerana bimbang bakal ditahan reman sebagai suspek seperti apa yang telah dilalui seperti Hanizan.

Mana tidaknya, siapa lagi yang sanggup dituduh sebagai suspek dan kemudian ditahan polis berhari-hari lamanya dek hanya kerana bantuan ikhlas yang telah diberi tetapi tidak dihargai pula!

Sepatutnya pihak polis berhati-hati dalam melakukan siasatan agar nasib orang tidak bersalah seperti Hanizan tidak dianiaya antaranya merahsiakan latar belakang suspek daripada pengetahuan pihak luar.

Sewajarnya, pihak polis mungkin perlu membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Hanizan agar maruah dan namanya yang tercemar dapat dibersihkan segera. – MYNEWSHUB.CC


Budak Diculik Di Kajang Dijumpai Pemandu Teksi oleh mynewshub

Tags: pemandu teksipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd