• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan CDERT JPAM Barisan Hadapan Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menjadi barisan hadapan dalam memberikan bantuan kecemasan kepada masyarakat apabila berlaku sebarang bencana terutama banjir di Pahang.

Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata pasukan itu diyakini mampu memperkemaskan struktur bantuan kecemasan sedia ada kerana ia dianggotai oleh ketua dan jawatankuasa komuniti setempat.

“Setakat ini sebanyak 86 buah kampung dari seluruh daerah negeri Pahang telah mewujudkan pasukan CDERT sebagai persiapan awal dalam pengurusan bencana.

“Mereka dapat diatur gerak dengan pantas dan dilihat memiliki kelebihan kerana amat memahami bentuk muka bumi serta lokasi-lokasi terlibat.

“Apabila berlaku bencana alam terutama banjir, sudah pasti CDERT yang dianggotai komuniti setempat ini bertindak lebih cepat dan berkesan dalam memberikan bantuan kepada orang ramai sementara menunggu agensi penyelamat lain tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini selepas melancarkan penubuhan CDERT peringkat negeri Pahang di pejabat JPAM Pahang hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang, Kol. (PA) Zainal Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan.

Abdul Manan berkata selain latihan kecemasan dan menyelamat yang diberikan, ahli CDERT juga akan dibekalkan dengan kelengkapan mencukupi bagi melaksanakan tugas tersebut.

“Peralatan menyelamat seperti bot dan jaket akan disediakan bagi setiap pasukan menjelang kedatangan musim tengkujuh di samping penyediaan bilik gerakan mudah alih.

“Kini, masyarakat tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menanti ketibaan bantuan dan mereka juga lebih peka dan sedar mengenai apa yang harus dilakukan ketika terjadinya sesuatu bencana,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, beliau berkata kawasan Parlimen Paya Besar telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi persiapan banjir tahun ini.

“Kita menjangkakan banjir akan berlaku pada hujung tahun ini dan peruntukan disediakan ialah untuk membeli barang makanan sama ada basah atau kering.

“Pusat pemindahan banjir juga telah bersiap sedia dan kita tidak mahu lewat bertindak kerana ia akan menyusahkan orang ramai,” jelas Abdul Manan.- BERNAMA

Tags: JPAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkahwinan Bawah Umur Tak Digalak Di Malaysia

Next Post

PM Najib Lancar Sambutan Hari Malaysia Di Ekspo Milano 2015

Related Posts

Jalin Kerjasama Tangani Kes Sengaja Dibakar

27/10/2017
0

PUTRAJAYA- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka menandatangani Nota Kerjasama (NoU) tidak lama lagi...

JPAM Sasar 2 Juta Sukarelawan Menjelang 2017

27/08/2016
0

ALOR SETAR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyasarkan dua juta sukarelawan sehingga Jun tahun depan, kata Menteri di Jabatan...

Next Post

PM Najib Lancar Sambutan Hari Malaysia Di Ekspo Milano 2015

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd