• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Godam Server Militan IS Akan Diekstradisi Ke AS – KPN

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota militan IS, yang pakar dalam menggodam server komputer, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat selepas ditahan oleh polis di ibu negara pada 15 Sept lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berusia 20 tahun itu telah memasuki negara ini pada Ogos tahun lepas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan komputer forensik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini.

“Hasil siasatan, suspek telah berkomunikasi dengan salah seorang pemimpin kanan militan IS di Syria bagi tujuan menggodam beberapa server yang mengandungi maklumat mengenai butir-butir anggota pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) sebelum disalurkan kepada bahagian operasi kumpulan itu untuk tindakan susulan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata pada awalnya, suspek telah diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Suspek kemudian ditahan menerusi waran tangkap sementara yang dikeluarkan oleh mahkamah dan dikini ditahan di bawah Akta Ekstradisi 1992 sementara menunggu prosiding ekstradisi ke Amerika Syarikat selesai.

“Tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat polis dengan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menangani ancaman keganasan khususnya ancaman kumpulan militan IS yang bersifat rentas sempadan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatISIslamic Statekhalid abu bakarkomputerMilitanpenggodam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd