• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Tengku Adnan Berjaya Gantung Prosiding Kes Saman PKR

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berjaya menggantung prosiding kes saman oleh PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan Najib dan Tengku Adnan serta memutuskan terdapat keadaan khas bagi membolehkan kedua-dua defendan menggantung prosiding itu sehingga permohonan mereka untuk membatalkan saman itu selesai.

Beliau berkata jika permohonan untuk menggantung prosiding itu tidak dibenarkan, ia akan menyebabkan prejudis kepada Najib dan Tengku Adnan kerana mereka dikehendaki membekalkan dokumen berkaitan kes itu kepada plaintif.

“Jika dokumen-dokumen itu diserahkan kepada plaintif-plaintif dan sekiranya permohonan defendan-defendan (Najib dan Tengku Adnan) untuk membatalkan writ saman dibenarkan, mahkamah dapati ia akan prejudiskan mereka,” katanya.

Mohd Zaki berkata plaintif-plaintif bagaimanapun tidak akan mengalami prejudis sekiranya mahkamah membenarkan permohonan Najib dan Tengku Adnan kerana mereka boleh mendapatkan dokumen berkaitan kes itu kemudian, jika mahkamah tidak membenarkan permohonan membatalkan saman itu.

Mohd Zaki menetapkan 11 Nov sebagai tarikh akhir untuk pengurusan kes bagi membolehkan semua pihak memfailkan afidavit berhubung kes itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu kes ini dilambatkan,” katanya.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Tengku Adnan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa arahan daripada anak guamnya juga supaya menyegerakan kes itu.

Pada 12 Ogos lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU ke-13 dan melanggar undang-undang pilihan raya.

Plaintif dalam saman itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat; Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Anggota Parlimen Batu, Tian Chua; bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Mereka menamakan Najib, Tengku Adnan, firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun RazakPKRsamanSPRTengku Adnan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd