• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motor Meletup Di Gua Musang Tiada Kaitan Dengan IS

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kematian sepasang warga emas dalam insiden motosikal meletup di Gua Musang semalam, tiada kaitan dengan kumpulan militan IS, sebaliknya kes bunuh yang dilakukan anak angkat mereka.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata suspek berusia 27 tahun itu berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan keengganan mangsa menjual kebun getah mereka.

Menurutnya hasil siasatan ke atas suspek mendapati bahan letupan berkenaan dibeli dengan harga RM300 dari Thailand dan dipasang di motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa sejak tiga hari lepas.

“Suspek berbuat demikian kerana mangsa enggan menjual kebun getahnya seluas 4.8 hektar bagi digunakan untuk membawa pulang isterinya seorang warga Laos.

“Isteri suspek sebelum ini telah diusir dari negara ini kerana datang secara tidak sah dan pemuda itu turut mempunyai masalah kewangan.

“Kes ini dianggap selesai dan polis menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS,” katanya.

Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Zon Timur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani itu turut dihadiri kira-kira 300 pegawai dan anggota SSPDRM dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mazlan juga berkata Unit Pemusnah Bom Bukit Aman masih menyiasat bahan yang digunakan untuk membuat bom berkenaan.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula semalam dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, pasangan suami isteri masing-masing berusia 72 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka meletup di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, Gua Musang. – BERNAMA

Tags: ISletupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd