Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Najib Minta Doakan Keselamatan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa...

12 Kluster COVID-19 Berkaitan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 kluster COVID-19 yang berkaitan sambutan Aidilfitri, dikesan setakat...

Lawatan TPM Di Dungun...

DUNGUN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat dua...

Respon Terhadap Artikel ‘265...

Semalam kami ada siarkan artikel bertajuk 265 Hadis Palsu Dikesan Dalam Kitab Popular...

MH17: Dunia Perlu Menyokong Bukti Yang Dikemukakan Rusia

KUALA LUMPUR:Rusia telah menolak sekerasnya terhadap tuduhan pembabitannya dalam tragedi pembedilan pesawar Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan telah mengemukakan beberapa bukti kukuh untuk menyokong kenyataannya.

Bagaimanapun, dunia Barat dan para penyiasat antarabangsa pula terus-menerus menyingkirkan bukti yang diberikan Rusia tanpa perlu berfikir panjang.

Kenyataan yang tidak dapat disangkal adalah insiden MH17 menurut naratif Barat sememangnya bersifat berat sebelah dan tidak akan berinjak daripada versi yang lain.

Laporan penyiasatan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang dikeluarkan baru-baru ini menolak semua senario alternatif selain daripada peluru berpandu BUK buatan Rusia yang membawa kepala peledak 9N314M.

Namun pada seluruh dunia, terutamanya Malaysia, persoalannya masih tergantung: “Siapa yang menembak jatuh MH17?”

Mengapakah dunia Barat melindungi Ukraine daripada jenayah yang kejam ini, yang telah meragut nyawa 296 orang awam tak bersalah termasuk 43 rakyat Malaysia?

Perkara pertama yang kami tahu adalah pengawal lalu lintas trafik Ukraine telah mengisyaratkan MH17 untuk terbang terus ke ruang udara kawasan zon konflik dan menurunkan altitudnya.

Satu lagi fakta yang kami tahu adalah pada hari kejadian, terdapat sekurang-kurangnya sebuah pesawat Ukraine di kawasan berhampiran MH17.

Perkara ini telah disahkan oleh kedua-dua isyarat radar Rusia  dan oleh beberapa saksi daripada kalangan penduduk tempatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya sebuah, atau kemungkinan dua, pesawat model SU-25 di langit pada hari tersebut.

Dan akhirnya, kita juga tahu bahawa unit pertahanan udara Ukraine ada di kawasan kejadian pada hari itu dan radar mereka berkeadaan aktif.

Sesebuah peluru berpandu BUK yang bersaiz besar dan jelas terpampang sudah tentu mustahil untuk disorokkan dan pembedilan yang dilakukan pada siang rembang juga sepatutnya mudah untuk dilihat walaupun daripada jarak jauh.

Ia adalah satu fakta yang sedia maklum bahawa beberapa kumpulan tentera di Eropah sentiasa memantau keseluruhan ruang udara di antara kawasan Atlantik dan Urals, terutamanya sesebuah zon pertempuran.


Amerika Syarikat dan NATO juga menjalankan pantauan terhadap ruang udara ketenteraan dan orang awam di Eropah.

Selain daripada Sitem Kawalan Dan Amaran Udara (AWACS), Amerika Syarikat dan Rusia juga menggunakan satelit mereka yang berpangkalan di angkasa lepas untuk memantau kawasan konflik.

Akan tetapi, kedua-dua pihak tidak bersetuju untuk berkongsi kesemua maklumat terperinci yang disimpan oleh mereka.

Amerika Syarikat tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat kerana merasakan mereka perlu melindungi rejim di Kiev, Ukraine, sementara apa-apa sahaja yang dikemukakan pihak Rusia akan serta-merta dilabel sebagai ‘propaganda’.

Hanya ada satu sahaja kemungkinan yang boleh diterima akal dalam keengganan AS untuk mengemukakan sebarang data.

Kenyataannya, AS tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan adalah kerana ianya menjadi bukti secara tidak langsung bahawa Ukrainelah yang membedil MH17.

Barat tidak akan mengakui bahawa Ukraine penjenayah sebenarnya.

Namun, semua yang terbabit, tidak kira apa pun agenda politik mereka, sebenarnya terhutang kepada mangsa yang terbunuh.

Apa yang mereka perlukan adalah kerjasama, dan bukan bergaduh sesama sendiri dalam mengheret pesalah sebenar ke muka pengadilan.

Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya menuding jari ke arah Rusia sewenang-wenangnya. Kerana pada tahap ini, jelas bahawa terdapat banyak bukti kukuh yang perlu dijawab oleh Ukraine.
Tim Leonard
Pengarah
SDI Research Centre
Kuala Lumpur.-MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=3-slVDPLqT8]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori