Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Setiausaha Akhbar Menteri Dituduh...

Kecoh seketika atmosfera politik tanahair apabila satu video yang merakamkan ucapan Timbalan Perdana...

AS$30 Juta Lesap, Rompakan...

LOS ANGELES - Polis dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat kecurian sebanyak...

Koroner Tolak Jawatankuasa Kuil...

SHAH ALAM - Permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman dan 50 penganut...

Nenek Perasan Cantik Sertai...

UMURNYA sudah 87 tahun namun nenek ini masih menyimpan hasrat untuk memasuki pertandingan `Granny...

Masyarakat Perlu Buang Stigma Negatif Terhadap Pesakit Mental

KUALA TERENGGANU – Masyarakat perlu mengikis tanggapan negatif terhadap pesakit mental kerana ia akan memudaratkan lagi kesihatan golongan berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata sebaliknya masyarakat perlu melayan pesakit dengan hormat tanpa diskriminasi agar mereka dapat bergaul dengan selesa bersama masyarakat, sama seperti insan normal yang lain.

“Pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental seringkali berdepan dengan masalah diskriminasi, stigma, diketepikan dalam segala aspek malah ada yang dianiaya secara fizikal dan emosi dalam kehidupan harian mereka.

“Kita mahu meningkatkan kefahaman mengenai perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan pesakit dan keluarga dapat menjalani hidup dengan bermaruah melalui kempen, polisi, latihan dan aktiviti berkaitan kepada anggota kesihatan dan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2015 di Stadium Tertutup Negeri di sini, Khamis.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Nor Zuraida Zainal.


Tahun ini Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Hulu Terengganu menganjurkan sukan itu bagi peringkat Zon Timur menggabungkan kontinjen dari Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Sebanyak 270 pesakit mental menghadiri sukan itu yang bertujuan mengurangkan gejala kemurungan, keresahan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka.

Dr. Mohammad berkata sukan untuk pesakit mental itu adalah aktiviti tahunan yang diadakan agar dapat meningkatkan keyakinan mereka serta kemahiran sosial bersama masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori