• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Orang Asli Digalak Bertani Tambah Pendapatan

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Masyarakat Orang Asli digalak menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam kelapa sawit dan getah bagi menambah pendapatan mereka, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata pada masa ini, purata pendapatan isi rumah masyarakat itu adalah sebanyak RM1,300, membabitkan dividen yang diterima daripada agensi pelaksana seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

“Kita lihat sebahagian besar masyarakat Orang Asli tidak melibatkan diri dalam projek tanaman sawit dan getah, mereka hanya penerima dividen.

“Sekiranya mereka bersama-sama dengan agensi pelaksana ini menjalankan kerja-kerja tanaman dan sebagainya, mereka boleh meningkatkan pendapatan sehingga RM2,500 sebulan.

“Masyarakat Orang Asli yang berupaya mengutip buah sawit, bekerja sebagai penyelenggara ladang, menanam sawit dan sebagainya dapat menambah pendapatan kira-kira RM1,200 sebulan,” katanya selepas menghadiri Program Peningkatan Profesionalisme Batin-Batin Orang Asli Negeri Perak 2015 di sini, hari ini.

Program dihadiri sebanyak 107 tok batin dari seluruh Perak itu, dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan elaun serta sijil kepada peserta yang terlibat.

Sehubungan itu, Hasnan berkata program yang berlangsung hari ini adalah untuk membuka minda masyarakat Orang Asli untuk menyertai projek ekonomi di kawasan masing-masing.

Beliau berkata kerajaan memberi lebih tumpuan kepada masyarakat Orang Asli dengan menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM500 juta tahun ini.

“Saya yakin Bajet 2016, peruntukan lebih besar akan diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bagi membangunkan infrastruktur, aktiviti ladang, usahawan dan pelajar Orang Asli,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang AsliPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd