• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Tenun Diraja Pahang Tembusi Pasaran Asia Tenggara

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap agar industri kain tenun diraja Pahang yang dihasilkan oleh para banduan serta penduduk kampung dapat diperluas sehingga ke peringkat antarabangsa khususnya bagi pasaran di Asia Tenggara.

Baginda bertitah kain tenun diraja Pahang yang dahulunya banyak dihasilkan oleh penduduk kampung di Pahang kini semakin diminati ramai bukan sahaja dari kalangan rakyat negara ini tetapi juga dari negara jiran khususnya Indonesia.

“Kini industri dimajukan oleh para banduan dan juga orang-orang kampung sekitar Pahang…Saya harap ia dapat dihasilkan sebaik mungkin dan boleh dikembangkan ke seluruh Asia Tenggara,” titahnya.

Beliau bertitah demikian kepada pemberita selepas berangkat merasmikan Galeri Tenun Bandar dan Pusat Sumber Tenun Diraja Pahang, di Jalan Sultan, dekat sini Khamis.

pelbagai

14102439476663

Turut berangkat hadir Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar; Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Terdahulu, Zulkifli dalam ucapannya berkata, dengan kewujudan galeri berkenaan ia memberi semangat kepada warga Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengangkat seni warisan Pahang dan pada masa sama memberi peluang kepada penghuni penjara membina masa depan yang baharu dengan kemahiran yang mereka peroleh.

Katanya, sejak bengkel Tenun Diraja Pahang dibuka di penjara Penor dan Bentong hampir 500 penghuni dilatih dalam bidang tenun.

14102439271741

“Kini terdapat 119 penghuni kedua-dua penjara tersebut sedang mengikuti kelas kemahiran penghasilan kain tenun diraja Pahang.

“Seramai 27 bekas penghuni berjaya memperoleh sijil kemahiran dam bidang tenun dan amat membanggakan tiada seorang pun dari mereka kembali mengulangi kesalahan atau dimasukkan semula ke penjara,” katanya.

Ketika ini, bengkel Tenun Diraja Pahang di penjara di negeri ini membabitkan projek berskala besar dengan sasaran pengeluaran 100 helai sebulan, dengan nilai jualan tahunan kira-kira RM60,000.

Ia turut menjadi pilihan beberapa pereka fesyen terkemuka negara termasuk Rizalman, Jovian Mandagie dan Bernard Chandran.- BERNAMA

Tags: pakaianTengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakaian Seakan Berbogel, Stacy Jawab Kritikan Netizen

23/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dikritik menggayakan pakaian seakan berbogel, penyanyi Stacy menjawab kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya pada...

Penganjur Tarian Minta Maaf

01/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Penganjur Perak MUDA  (MUDA) Medalist Dancesport Competitions 2019 and 7th Perak Show Dance Champonships 2019 mengakui tidak memaklumkan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd