• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Halau Monyet, Mercun Meletup Di Tangan

oleh AK-47
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG warga emas mendapat padah apabila mercun bola yang digunakan untuk menghalau monyet meletup ketika dalam genggamannya di Kampung Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu mengakibatkan sebahagian jari tangan kanan mangsa, Yahya Ngah, 64, hancur.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan tidak tahan dengan bunyi bising sekumpulan monyet yang berkeliaran di belakang kediamannya ketika sedang berehat di serambi rumah.

Mangsa kemudiannya bertindak mencampak sebutir mercun bola sebelum ianya tersangkut pada genggaman tangannya lalu meletup.

Isterinya, Fatimah Mohd Ghani, 61, berkata ketika kejadian dia berada di dapur untuk menyediakan air panas buat suaminya.

“Tiba-tiba saya terdengar letupan, menjenguk ke luar dan dapati suami terbaring di atas tanah dalam keadaan tangan berdarah.

“Suami kemudiannya bangun dan berlari masuk ke dalam rumah sebelum rebah di atas lantai. Suami mengatakan mercun terbabit meletup dalam genggamannya,” katanya kepada Harian Metro.

Berikutan itu, mangsa dibawa oleh jirannya ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mercunmonyet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

30/10/2025
0

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam — Namun Dakwaan Jangkitan Penyakit Disangkal Oleh Mynewshub WASHINGTON,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd