• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Justo Tidak Dibenar Diikat Jamin

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya, tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu rayuannya terhadap hukuman penjara itu diputuskan.

Justo hadir di Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan bagi pendengaran permohonannya itu dengan diiringi tujuh pegawai koreksional serta peguam belanya warga Thailand, Worasit Piriyawiboon.

Beliau gagal dalam permohonan untuk diikat jamin berikutan pihak mahkamah bimbang beliau akan menggunakan peluang itu melarikan diri dari Thailand.

Worasit memberitahu Bernama yang beliau akan mengemukakan permohonan baharu ikat jamin untuk anak guamnya itu pada minggu depan.

Permohonan ikat jamin itu yang menawarkan jaminan satu juta baht dikemukakan pada 14 Okt berserta rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun terhadap Justo yang diputuskan pada 17 Ogos.

Kes Justo menjadi perhatian di Malaysia kerana beliau telah mencuri 90 gigabytes data daripada PetroSaudi International (PetroSaudi) dan memberikan salinannya kepada editor dan pengasas portal berita Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown serta pemilik Edge Media Group, Tong Kooi Ong.

Polis Malaysia turut berminat untuk menemu bual Justo mengenai hubungannya dengan mereka kerana data itu turut mengandungi urusan perniagaan antara PetroSaudi International (PetroSaudi) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan wujud dakwaan bahawa data itu telah diubah suai.

Justo menafikan telah mengubah suai data itu dan menyatakan sebarang pengubahsuaian dilakukan oleh pihak lain.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi tumpuan di Malaysia berhubung urus niaganya. – BERNAMA

Tags: 1MDBEdge Media GroupPetroSaudiSarawak ReportXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd