• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ling Belum Jawab Tuntutan Najib Secara Rasmi – Peguam

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik masih belum menjawab secara rasmi tuntutan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap perdana menteri.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata Ling masih mempunyai masa untuk berbuat demikian sehingga Isnin ini kerana tempoh yang diberi adalah selama tujuh hari.

Katanya Ling berkemungkinan telah berunding dengan peguam dan pihaknya hanya akan melakukan tindakan seterusnya selepas tempoh tersebut.

“Kita tunggu sehingga tujuh hari. Kita tunggu hitam putih (secara rasmi). Kita hantar secara rasmi, kita tunggu jawapan rasmi. Saya yakin Ling akan balas. Sehingga kini saya masih belum memperoleh apa-apa jawapan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pada 5 Okt lalu, firma guaman Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diarahkan oleh perdana menteri supaya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik, permohonan maaf dan ganti rugi berhubung kenyataan yang diterbitkan menerusi artikel bertajuk ‘MCA’s Liong Sik Joins Call For Najib’s Ouster For allegedly Putting People’s Money in His Own Pocket’.

Artikel itu disiarkan Malay Mail online pada 3 Okt lepas dan masih boleh dilayari masyarakat umum menerusi jaringan sejagat.

Najib memfailkan tindakan tersebut atas kapasiti peribadi dan surat tuntutan itu diserahkan di rumah Ling di Bukit Damansara. – BERNAMA

Tags: PeguamTun Ling Liong Sik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd