• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas PAS Ada PAN, PKR Pun Bakal Ada Parti Serpihan?

oleh
09/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAHARU sahaja diwujudkan Pakatan Harapan pada 22 September lalu konon bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dikuburkan mereka sendiri ekoran ‘perang besar’ antara DAP dan PAS gara-gara isu Hudud awal tahun ini.

Lebih malang, PAS diketepikan dalam pakatan versi 2.0 itu gara-gara tekanan kuat oleh DAP walaupun sekutunya, PKR ‘bersandiwara’ konon parti Islam tersebut bakal menyertai gabungan pembangkang berkenaan akhirnya.

Aneh dan cukup pelik, Parti Amanah Negara (PAN), serpihan PAS ditubuhkan sekumpulan 18 pemimpin PAS yang tewas pada muktamar dan dilancarkan 16 September lalu itu boleh pula diterima memasuki Pakatan Harapan.

Uniknya, PAN yang dijenamakan semula daripada Parti Pekerja Malaysia itu dapat menganggotai pakatan baharu tersebut kerana disokong kuat DAP, konon bagi menggantikan PAS khasnya menarik undi masyarakat Melayu.

Malah pengumuman pengesahan secara rasmi parti berkenaan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) dibuat dalam sidang media 2 Oktober lalu di pejabat pemimpin DAP, Lim Guan Eng di Komtar, George Town, Pulau Pinang.

Itu cerita PAS dengan serpihannya, PAN. Sebelum itu banyak juga serpihan PAS muncul tetapi akhirnya ‘pupus’ langsung seperti Berjasa dan Hamim, waima PAS sendiri asalnya serpihan akibat perpecahan UMNO pada 1951.

Bagaimanapun portal AgendaDaily pada Rabu mendedahkan sesuatu yang jauh lebih besar apabila PKR turut dilaporkan bakal memiliki serpihan ala PAN dengan diwujudkan oleh ramai bekas atau pemimpin parti tersebut.

Lebih dahsyat, sumber RoS mengesahkan pembentukan parti serpihan PKR itu dan diakui sendiri bekas tokoh parti itu yang juga mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipetik oleh portal tersebut.

Bahkan ketika mengulas mengenai desas-desus mengenai pendaftaran parti baharu oleh beberapa pemimpin PKR, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Klang itu mengatakan beliau langsung tidak terkejut.

Anwar (kanan) pernah memuji Abdul Khalid sebagai MB paling cemerlang dalam sejarah Selangor tetapi kemudian memecatnya kerana enggan menyerahkan jawatan MB kepada isterinya, Wan Azizah.
Anwar (kanan) pernah memuji Abdul Khalid sebagai MB paling cemerlang dalam sejarah Selangor tetapi kemudian memecatnya kerana enggan menyerahkan jawatan MB kepada isterinya, Wan Azizah.

Baca: RoS Iktiraf Parti Amanah Negara Nama Baharu Parti Pekerja

Juga: PAS Marah DAP Henti Bantuan SAR Milik PAS Pulau Pinang

Kata Abdul Khalid menerusi catatan terkini dalam Facebooknya, beliau tidak hairan ada usaha dibuat oleh ahli PKR bagi mewujudkan gerakan ‘kuasa ketiga’ demi mewujudkan suasana politik tanah air yang lebih seimbang

“Saya percaya usaha pihak terbabit akibat kegagalan PKR mengurus parti seperti mana diwar-warkan sebelum ini. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh,” katanya.

Menurut bekas MB Selangor ‘paling cemerlang’ dalam sejarah seperti pernah diucapkan Anwar Ibrahim sendiri, tindakan parti dalam Pakatan mutakhir ini juga gagal menyediakan wadah yang lebih kondusif dan inklusif.

“Meskipun demikian saya lebih suka mengambil pendekatan untuk melihat perkara ini dari luar dan tidak langsung terlibat di dalam usaha mereka mewujudkan gerakan pihak ketiga tersebut,” jelas Abdul Khalid.

Pada masa sama, beliau masih menunggu keputusan hasil aduannya kepada RoS berhubung tindakan PKR memecat keahliannya yang didakwa dilakukan secara tidak sah dan melanggar perlembagaan parti itu.

Abdul Khalid, 68 tahun; disebut-sebut antara bekas pemimpin PKR yang terlibat dalam gerakan rahsia penubuhan parti baharu itu susulan pendedahan oleh ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Ahli itu mendakwa terdapat gerakan untuk menubuhkan parti baharu oleh bekas pemimpin dan aktivis PKR serta lebih ‘menyakitkan’ hati, ia turut didalangi parti sekutu pembangkang sendiri yang berlakon baik di depan mereka.

“Saya cuba dapat butiran lanjut dan kenal pasti antaranya ialah individu yang mengaku sebagai Presiden Akar Umbi Keadilan yang kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Antarabangsa, bekas Setiausaha Kerja AMK Pusat, bekas Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa orang lain yang masih memegang jawatan di peringkat Pusat,” katanya.

Mengulas lanjut kata Badrul Hisham, agak pelik kerana apa relevannya tindakan sedemikian. Ramai mungkin menuduh mereka sebagai ‘ejen UMNO’ tetapi jika ia usaha pihak musuh, kenapa perlu dibuat secara senyap?

Dia mendakwa berjaya mendapat maklumat sensitif tersebut daripada kakitangan RoS bahawa memang ada usaha licik dilakukan untuk mendaftarkan parti baharu itu dan ia sudah pun dilakukan di Putrajaya pada minggu lalu .

Katanya, gerakan itu ada kaitan dengan kecewa penubuhan Pakatan Harapan, menyebabkan perpecahan dalam PKR hingga bawa kepada usaha mengulingkan Presiden, Wan Azizah Wan Ismail. – Agensi/Mynewsbub.cc/HAA

Tags: DAPKhalid IbrahimPANPASPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Tidak Tahu Menahu Mengenai Laporan Penswastaan

Next Post

Lelaki Ditahan Kerana Menyamar Polis Dan Cubaan Cabul

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Lelaki Ditahan Kerana Menyamar Polis Dan Cubaan Cabul

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd