• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Indonesia Didakwa Miliki Bahan Penerbitan Pengganas

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia hari Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan memiliki bahan penerbitan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Hani Yahya, 39, yang bekerja sebagai perunding syarikat minyak dan gas didakwa memiliki beberapa penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas iaitu Al-Qaeda in the Arabian Peninsula (AQAP).

Dia yang berketurunan Arab didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Kondominium Casa Mutiara, Jalan Hang Isap, Bukit Bintang, di sini pada pukul 9 malam, 24 Sept lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk sebagai tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.

Majistret menetapkan 11 Dis untuk sebutan semula kes sementara menunggu izin untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang memakai singlet warna putih dan mempunyai tatu di seluruh lengannya kemudian dibawa ke Penjara Sungai Buloh untuk direman. – BERNAMA

Tags: Al-Qaedamahkamahpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd