BELIAU mungkin manusia paling kerdil di dunia, namun Chandra Dangi memberikan kesan yang besar kepada orang ramai terutama penduduk di Nepal.
Kematiannya pada 3 September lalu telah diratapi oleh penduduk di negara banjaran Himalaya berkenaan.
Dangi hanya mempunyai ketinggian 54.6 cm dan telah memecahkan rekod dunia dalam Guinness World Records pada 2012.
Beliau meninggal dunia pada usia 75 tahun, bulan lepas ketika dalam siri jelajah Amerika Samoa di Lautan Pasifik.
Baca: Lelaki Paling Pendek Di Dunia Mati Semasa Menjalani Rawatan
Meskipun doktor tidak mendedahkan punca kematian Dangi namun difahamkan dia meninggal dunia akibat radang paru-paru.
Memandangkan ramai yang menyayanginya, mayat Dangi telah dibawa ke Nepal dengan perjalanan sejauh 7,500 batu, bagi membolehkan penduduk di negara berkenaan memberikan penghormatan terakhir kepadanya.
Dangi terkenal di Nepal dan keadaan dirinya itu membolehkan dia mengembara ke luar negara serta mendapatkan wang untuk menyara dirinya.
Dalam pada itu, jurucakap Guinness World Records menyatakan Dangi adalah seorang yang mempunyai banyak kelebihan dan beliau akan dikenang sepanjang zaman.
“Kematiannya merupakan sesuatu yang menyedihkan dan kami ingin menyampaikan takziah kepada keluarga Dangi dalam waktu sukar ini.
“Dangi akan dikenang sebagai ikon dan pemegang rekod dunia,’’ kata Guinness World Records. - MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/OPUHj9Pq-gw
