Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Satu Lagi Pusat Pemindahan...

KUCHING - Sebuah pusat pemindahan baru dibuka kira-kira pukul 10 malam tadi, menjadikan...

Waris Mangsa Penerbangan MH370...

BERA - Bapa kepada salah seorang mangsa Penerbangan MAS MH370, Selamat Omar, 62,...

Henti Spekulasi Nahas Helikopter...

Johor Bahru : Kementerian Pertahanan meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian...

2 Mangsa Gempa Bumi...

KOTA KINABALU - Polis Sabah mengesahkan dua mangsa warga Singapura yang dilaporkan hilang...

Lelaki Cina Menyamar Tentera, Siap Pakai But Dalam Masjid

KONONNYA singgah ke masjid untuk buang air tetapi seorang ‘tentera’ ditangkap orang awam apabila didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika ditangkap orang ramai pada jam 10.30 pagi pada Sabtu lalu, suspek yang kononnya berpangkat leftenan muda itu berpakaian lengkap ala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lalu singgah di Masjid Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Suprintendan Rahmat Othman berkata suspek didapati gagal memberikan pengenalan diri sebagai pegawai tentera ketika diperiksa oleh petugas Pulada.

Suspek keturunan Cina itu dikenali sebagai Kau Kuan Song, 43, beragama Buddha dan berasal dari Johor.

Hasil pemeriksaan pada iPad mini dan iphone 6 kepunyaan suspek, didapati terdapat banyak gambarnya berpakaian celoreng digital, celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid Pulada.

kahkah2

kahkah3


kahkah

Polis turut merampas kereta jenis Toyota Camry, geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, kad pengenalan, beret Kor Perkhidmatan Awam, tag nama, iPad mini dan telefon bimbit berjenama iPhone 6.

‘Askar’ ini turut menjadi viral berikutan gambarnya memakai kasut tentera di ruang solat masjid.

Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=__vl42LLEsY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori