• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kulit Kayu Manis Dalam Masakan Tidak Bahaya – KKM

oleh
23/10/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat, Resepi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggunaan kulit kayu manis jenis ‘cassia‘ dan ‘cinnamon‘ sebagai bahan rempah dalam masakan tidak mendatangkan risiko kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini kerana kebiasaannya kayu manis yang mengandungi coumarin, iaitu bahan semula jadi yang memberi perisa dalam makanan, hanya digunakan sedikit sahaja dalam masakan.

“Kandungan coumarin di dalam kulit kayu manis cassia adalah lebih tinggi berbanding kulit kayu manis cinnamon, bagaimanapun mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, coumarin dibenarkan dalam rempah ratus dengan tidak melebihi 10 mg/kg,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya peka dan prihatin terhadap dakwaan menerusi media sosial bahawa kononnya kulit kayu manis yang dijual di Malaysia adalah berbahaya serta boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang manusia.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya.

Baca: Makanlah Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan

Dr. Noor Hisham menjelaskan kulit kayu manis jenis cassia dan cinnamon adalah daripada keluarga yang sama.

Kulit kayu manis cassia yang turut dikenali sebagai Chinese cinnamon, berasal dari selatan China dan turut ditanam di beberapa negara Asia seperti India, Indonesia, Laos, Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam, manakala kulit kayu manis cinnamon adalah kulit kayu manis ‘Ceylon cinnamon‘ yang berasal dari Sri Lanka.

Orang ramai yang berasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan boleh membuat laporan terus kepada pihak KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang terdekat.

Mereka juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my atau menerusi facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA/HAA

 

Tags: kayu manismakananmasakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Viral Penjual Tuala Wanita Dibelasah: 3 Ditahan Reman

Next Post

Video: Wanita Pertaruh Nyawa Demi Selamatkan Kucing Di Jalan

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

Next Post

Video: Wanita Pertaruh Nyawa Demi Selamatkan Kucing Di Jalan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd