• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Baik Pulih Jambatan Rosak Akibat Banjir

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memulakan kerja membaik pulih jambatan keretapi di Kemubu di sini, yang rosak dihanyut banjir pada akhir tahun lepas.

Presiden KTMB, Left Kol (B) Sarbini Tijan berkata projek berkenaan yang melibatkan lima fasa bernilai RM17.5 juta, turut melibatkan pemasangan semula kerangka jambatan itu seberat 112 tan yang merentasi Sungai Galas.

“Kerja membaik pulih jambatan tersebut akan mengambil masa selama 15 bulan untuk disiapkan sepenuhnya iaitu pada Disember tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja pemulihan trek dan jambatan terlibat di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengurus Wilayah Timur KTMB, Sadun Abdullah.

Sarbini berkata, kerja membaik pulih jambatan itu mungkin menjadi perlahan berikutan musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan hingga Mac ini.

Beliau berkata, projek membaik pulih jambatan dan trek landasan itu adalah bagi memberi kemudahaan dan keselesaan kepada masyarakat yang sering menggunakan perkhidmatan keretapi.

Sementara itu, Ramzi berkata perkhidmatan keretapi merupakan pengangkutan utama khususnya kepada penduduk di kawasan Dabong dan usaha KTMB membaik pulih jambatan itu memberi kelegaan kepada penduduk.

Beliau berkata, selain trek landasan keretapi, laluan pejalan kaki dan motosikal turut disediakan di jambatan berkenaan untuk kemudahan penduduk berulang alik antara Kampung Kemubu dan Kampung Bertam. – BERNAMA

Tags: jambatanKTMB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

80 Peratus Permukaan LPT2 Dalam Keadaan Baik – Fadillah

Next Post

Kutip GST RM19 Sehari, Matematik Rafizi Ditempelak

Related Posts

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

29/05/2024
0

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan penjadualan baharu bagi laluan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dengan memperkenalkan...

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

21/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter...

Next Post

Kutip GST RM19 Sehari, Matematik Rafizi Ditempelak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd